April 24, 2024

8 Lagenda Gegarkan Konsert Semangat Zaman – 20th Anniversary

Konsert Semangat Zaman 20th Anniversary

Pada peminat muzik tempatan, masihkah anda ingat album kompilasi Semangat Zaman yang diterbitkan pada 2004.

Album terbitan komposer LY ini menggabungkan enam orang penyanyi rock popular Malaysia iaitu Datuk Nash, Yantzen, Aris Ariwatan, Rahim Maarof, Muss dan Joey BPR.

Sambutan hebat peminat menyaksikan projek ini diteruskan dengan album Semangat Zaman 2 pada 2005 yang menyaksikan gabungan artis yang sama hebat.

Sempena Ulang Tahun Ke-20 album ini, Konsert Semangat Zaman – 20th Anniversary akan berlangsung pada 29 September 2023 di Zepp, Kuala Lumpur.

Konsert itu akan menampilkan Datuk Nash (Lefthanded), Joey (Bumiputera Rockers), Aris (Ariwatan), Yantzen (Rusty Blade), Rahmad (Mega), Jatt (Black Dog Bone), Muss dan Artis ahli baharu, Bandi (Amuk).

Manakala Rahim Maarof (White Steel), artis pertama yang bersetuju untuk turut serta tidak dapat bersama kerana masalah kesihatan.

Artis Konsert Semangat Zaman

“Konsert itu akan menjadi konsert pertama ikon-ikon muzik rock Malaysia berada di atas satu pentas membuat persembahan bersama.

Ia adalah 8 legenda rock di atas satu pentas dalam satu malam, dan pasti akan menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk peminat dan pencinta muzik rock mereka.” – Cik Jean Lau, inovator industri muzik yang telah mengilhamkan konsep Projek Semangat Zaman pada tahun 2004.

Semangat Zaman Music Entertainment sangat berbangga dan berterima kasih atas kesudian YBhg. Datuk Azman Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Kos Sara Hidup melancarkan sidang media hari ini.

Harga Tiket Konsert Semangat Zaman – 20th Anniversary

Tiket untuk pertunjukan itu kini boleh didapati di my.bookmyshow.com (603 – 9212 4202).

Ia berharga RM 208 (Zon Rock), RM 328 (Kerusi Normal – Bernombor) dan RM 388 (Premium – Tempat Duduk Bernombor).

Pengunjung konsert boleh menikmati harga istimewa early bird RM198 untuk Zon Rock (sah sehingga 15 Julai 2023).

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *