April 24, 2024

SNS Network Technology Sumbang 1,000 Komputer Riba JOI Melalui Jerayawara Pendidikan MADANI

SNS Network Technology Sumbang Komputer Riba JOI

SNS Network Technology Berhad, penyedia produk, perkhidmatan dan penyelesaian ICT, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Kumpulan menyumbang 1,000 komputer riba di bawah Projek JOI for All untuk membantu pelajar di Malaysia untuk mengakses alatan pendidikan dalam talian serta memastikan mereka membiasakan diri dengan teknologi.

Projek JOI for All adalah sebahagian daripada inisiatif seluruh negara Kumpulan untuk menyediakan peranti dan penyelesaian ICT kepada sekolah sebagai sebahagian daripada transformasi digital sistem pendidikan Malaysia yang menggabungkan teknologi yang membolehkan pelajar mengakses alat dan pengetahuan pembelajaran dengan lebih baik.

Sumbangan terbaru itu diadakan di bawah naungan platform Jerayawara Pendidikan MADANI.

Jerayawara Pendidikan MADANI di bawah Kementerian Pendidikan (“KPM”), anjuran Yayasan Didik Negara, telah dilancarkan pada akhir Mac 2023 untuk memupuk hubungan dengan warga KPM serta mengumpul maklum balas dan kebimbangan daripada komuniti pendidikan mengenai pelbagai isu berkaitan sistem pendidikan negara.

JOI ialah jenama peranti dalaman Kumpulan yang dilancarkan pada 2014 dan merangkumi rangka kerja bilik darjah pintar JOI yang dilancarkan pada 2016 yang menyepadukan rangkaian luas ciri untuk menyokong pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, serta meningkatkan interaksi dan kerjasama dalam institusi pendidikan.

Pengarah Urusan SNS, Ko Yun Hung menyatakan bahawa kaedah pengajaran tradisional telah berubah secara beransur-ansur apabila teknologi diterima pakai, dengan kemudahan dan akses kepada pelbagai alat dan maklumat pendidikan yang membawa manfaat besar kepada guru dan pelajar.

Jelajah terbaru Jerayawara Pendidikan MADANI telah diadakan di Alor Star, Kedah, dan dihadiri oleh Menteri Pendidikan, YB. Puan Fadhlina Sidek, serta pegawai-pegawai kanan KPM yang lain, ketua masyarakat, guru-guru dan pelajar.

Perihal SNS NETWORK TECHNOLOGY BERHAD

SNS Network Technology Berhad (“SNS” atau “Kumpulan”) terlibat terutamanya dalam penyediaan produk, perkhidmatan dan penyelesaian ICT.

Aktiviti perniagaan teras Kumpulan ialah penjualan produk ICT yang terdiri daripada perkakasan, peranti dan perkakasan berkaitan, serta penyediaan perkhidmatan dan penyelesaian ICT dan; penyediaan perkhidmatan pembaikan peranti dan berkaitan, serta penjualan perkhidmatan jalur lebar.

Di bawah perkhidmatan dan penyelesaian ICT, SNS menawarkan rangka kerja bilik darjah pintar JOI®, yang menyepadukan dan menggabungkan pelbagai ciri untuk menyokong pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan, Device-as-a-Service (“DaaS”), perkhidmatan berasaskan langganan.

DaaS menawarkan produk ICT yang digabungkan kepada pelanggan yang terdiri daripada peranti dan perkhidmatan mengikut keperluan mereka.

Untuk maklumat lanjut, lawat www.sns.com.my

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *