February 9, 2025

Suri Rumah Menang Percutian Ke Jepun, Sertai Peraduan #SushiKing1Million Dari Sushi King

Suri Rumah Menang Percutian Ke Jepun Sushi King

Seorang suri rumah dari Sabah, Vyvian Elvy Jefry telah memenangi hadiah utama, yakni percutian ke Jepun dari Sushi King.

Beliau sebelum ini menyertai kempen ‘1 Million Happy Members’ dengan menjamu selera di Sushi King ITCC Penampang. Ini merupakan lawatan pertama beliau ke negara tersebut.

Majlis penyampaian hadiah yang diadakan dengan gilang-gemilang di cawangan Sunway Pyramid itu adalah untuk meraikan para pemenang yang terdiri daripada ahli program kesetiaan mereka menerusi aplikasi Sushi King.

Kempen 1 Million Happy Members yang berlangsung sepanjang bulan Mei telah berjaya menerima lebih dari 50,000 penyertaan dengan menawarkan hadiah-hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM1,000,000.

Ahli program kesetiaan Sushi King yang menyertai kempen ini berpeluang untuk memenangi pelbagai hadiah eksklusif termasuk gajet terkini, Smile Points dan juga pakej percutian yang menyeronokkan!

Hiroki Mori, Pengarah Urusan Sushi King

“Kami amat bersyukur atas sokongan dan kesetiaan pelanggan kami yang tidak berbelah bahagi. Mereka telah mendorong kami untuk mencapai kejayaan luar biasa 1 juta Happy Members. Kami terharu dengan penghargaan mereka terhadap Sushi King dan budaya makanan Jepun.

Melalui kempen ini, kami dapat mencipta pengalaman yang bermakna buat ahli-ahli kami dimana mereka akan mendapat ganjaran sambil menikmati hidangan Sushi King kegemaran mereka.” – Encik Hiroki Mori, Pengarah Urusan Sushi King Sdn. Bhd.

Kempen 1 Million Happy Members telah memberi keseronokan dan kegembiraan kepada semua ahli Sushi King yang telah memenangi hadiah-hadiah hebat ini: Peranti Oppo, jam tangan Apple, kad hadiah Uniqlo, tawaran makan dan 600,000 Smile Points.

Apatah lagi, ahli kesejuta, Mohd Shahrin Samian, telah menerima ganjaran makan percuma di Sushi King selama setahun!

Sushi King bakal memperkenalkan pelbagai inisiatif yang inovatif untuk menarik lebih ramai pelanggan seperti promosi dan penawaran menu baru termasuk Japonica Unagi gred premium dan Ramen Jepun yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

Penambahan baru ini adalah bukti komitmen Sushi King untuk memastikan pengalaman menjamu selera yang baik kepada semua pelanggan mereka.

Makan Bersama Teman Sushi King

Sushi King mengalu-alukan semua rakyat Malaysia untuk menyertai program kesetiaan mereka yang semakin berkembang dan mengambil bahagian dalam pelbagai kempen-kempen mereka yang menarik di masa akan datang.

Muat turun aplikasi Sushi King di Google Play Store, Apple App Store atau Huawei App Gallery untuk menjadi ahli Sushi King hari ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi-promosi Sushi King dan banyak lagi, sila layari laman web rasmi mereka di www.sushi-king.com.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *