Jason Teo, 27 tahun merupakan Pengarah Eksekutif Pemasaran bagi syarikat Grand Million Bodywork kini membina empayar perniagaannya dengan produk minuman tambahan, Garcinia Maxx.
Beliau yang merupakan pemegang Ijazah Perakaunan dari Universiti Tun Abdul Rahman menanam impian untuk berniaga setelah tamat pengajiannya.
Bagaimanapun, ianya bukan sesuatu yang mudah bila beliau beberapa kali gagal menguruskan peniagaannya akibat kurang pengalaman dan bimbingan dari mentor.
Sebelum ini, beliau pernah mencuburi bidang hartanah selama 2 tahun sebelum terlibat dalam bisnes berasaskan produk software atas talian.
Waktu itu, beliau kerugian akibat ditipu oleh rakannya dan bisnes tersebut terpaksa ditutup, sebelum beralih kepada bisnes import daging lembu. yang turut menerima nasib yang sama walaupun mendapat permintaan yang tinggi ketika itu.
Kini, beliau mula mampu tersenyum setelah penat lelah yang dilalui berbaloi apabila produk minuman tambahan keluarannya berada di pasaran sejak akhir tahun lalu.
“Saya tidak menyesal dan menceburi pula bisnes import daging lembu namun berdepan isu aliran tunai walaupun permintaan penggunaan agak baik.
Selepas itu, saya mula membuat kajian di pasaran untuk mencari bisnes yang sesuai dengan masyarakat dan akhirnya saya percaya bidang kesihatan dan kecantikan adalah jawapannya,”
Melalui bidang kesihatan dan kecantikan, beliau muncul dengan produk minuman tambahan yang dapat membantu mengurangkan masalah berat badan dikenali Garcinia Maxx.
Menurut Jason, beliau mengambil masa selama setahun untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan produk tersebut dalam menjamin kualiti tinggi kepada pengguna.
Turut hadir sewaktu majlis memperkenalkan produk kepada rakan media, Nik Fariezal Emran Nik Abd Hadi & Nadia Zuki, Atlet Olahraga Acara Lompat Jauh bagi Sukan SEA Ke-29.
Produk Gracinia Maxx berasaskan ekstrak dari buah asam gelugur yang biasa dijadikan sebagai asam keping.
Untuk pengetahuan anda,
Buah asam gelugur sebenarnya kaya dengan pelbagai khasiat seperti HCA iaitu asid hidro citrit untuk mengatasi masalah obesiti. HCA juga dapat membantu mengekang dan mengawal nafsu makan dan menguraikan sel sel lemak dari terkumpul di perut atau otot.
Bagi ibu mengandung, air rebusan asam gelugur ini diminum bagi membantu mengecutkan rahim dan menurunkan lemak lemak yang terdapat di sekitar perut wanita selepas bersalin.
HCA bersifat tidak beracun dan tidak bertoksik. Jadi apabila pengguna minum Garcinia Maxx, mereka dapat mengawal nafsu makan apabila mudah rasa kenyang.
Sesuai bagi mereka yang ingin mengurangkan berat badan tetapi punyai masalah untuk mengawal permakanan. Tak kira lelaki mahupun perempuan dari pelbagai peringkat umur.
- Minum Garcinia Maxx 1 sechet 15-30 minit sebelum sarapan
- Sedap dibancuh dengan air sejuk
- Jangan lupa minum air kosong dalam 2-3 Liter sehari
- Selepas 7 malam kurangkan minum manis atau bergula
- Anda akan rasa perubahannya dalam tempoh 24 jam pengambilannya
Menurut Jason, Garcinia Maxx telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan dan boleh didapati pada harga RM168 untuk 30 paket.
Setiap pembelian anda akan mendapat hadiah percuma berupa losyen pembakar lemak bagi promosi ketika ini.
Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut atau berminat menjadi ejen Garcinia Maxx dengan modal yang sangat rendah boleh menghubungi talian talian 013-6310018.
Untuk maklumat lanjut, boleh layari :
Laman web www.garciniamaxx.com | Facebook Kurus Meroket, Terviral | Instagram @garciniamaxxofficial