March 29, 2024

vivo X50 & vivo X50 Pro Diperkenalkan Di Malaysia, Harga Diketahui Mulai 21 Julai

vivo X50 5G Series Malaysia
vivo Malaysia telah memperkenalkan siri X tebaharu mereka iaitu X50 dan X50 Pro di Malaysia dengan reka bentuk dan inovasi yang mengutamakan kehendak pengguna.

X50 dan X50 Pro menampilkan teknologi kamera kelas profesional yang merevolusikan pengalaman fotografi mudah alih.

Dengan penstablian canggih, mod malam, ciri zoom, dan teknologi potret, siri X50 membolehkan pengguna menangkap gambar dan video secara stabil dan berkualiti tinggi dalam pelbagai senario, menghasilkan karya yang luar biasa.

Reka bentuk siri vivo X50 menggabungkan elemen semula jadi dan estetik futuristik bertujuan untuk melengkapkan gaya hidup aktif pengguna. Dengan keupayaan fotografi profesional, reka bentuk yang anggun dan prestasi yang lancar, siri X50 merupakan peranti pintar yang terunggul di pasaran.

vivo X50 Series Malaysia

“Dengan keupayaan pengimejan yang stabil, lensa dan sensor yang luar biasa, dan sistem keseluruhan kamera yang canggih, peranti siri X50 membolehkan pengguna mengabadikan kisah hidup dengan kualiti penggambaran yang profesional.” – Mike Xu, Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia.

Nikmati Pengalaman 5G Dengan Siri vivo X50

Dengan perkembangan teknologi 5G dan ketersediaannya yang akan tiba di Malaysia, lebih ramai pengguna akan dapat menikmati faedahnya dari segi kelajuan, kependaman yang rendah, dan keupayaan interkoneksi yang lebih pantas.

Melalui siri X50, vivo berharap dapat memastikan pengalaman mudah alih generasi seterusnya mudah diakses oleh pengguna supaya mereka boleh menikmati kelebihan teknologi terkini lalu memberi peluang untuk kreativiti dan produktiviti yang berlipat ganda.

vivo X50 Pro Camera Malaysia

Menariknya mengenai Siri X50, dimana ia mengintegrasikan teknologi fotografi profesional.

Bagi mengurangkan gegaran, kamera utama X50 Pro dilengkapi dengan Sistem Kamera Gimbal, yang membolehkan pengguna mengambil gambar dan video yang jelas semasa bergerak, bahkan pada waktu malam.

Dengan model gimbal profesional bersaiz penuh, modul gimbal miniatur pada X50 Pro akan bergerak ke arah yang berlawanan dengan gerakan goyang, memberikan kestabilan kepada kamera utama.

Sistem ini juga memperluaskan sudut putaran dan kawasan anti-goncangan dibandingkan dengan kaedah penstabilan yang popular, menghasilkan gambar yang sangat jelas.

Gimbal Radar, bola animasi pada skrin yang mencerminkan pergerakan gimbal, membolehkan pengguna mengetahui apabila bingkai stabil. Algoritma motion-deblur vivo, sensor khas, dan penjejakan fokus berterusan meningkatkan lagi kejelasan imej dan video.

X50 Pro mempunyai penyediaan kamera serbaguna dengan satu kamera depan 32MP dan empat kamera di belakang (48MP Utama, 8MP Super Wide-Angle, 13MP Professional Portrait, dan 8MP 5x Telescopic).

Lensa Teleskopik 5x X50 Pro juga menyokong 60x Hyper Zoom, yang menghasilkan gambar yang menakjubkan.

vivo X50 vivo X50 Pro
Perbezaan kamera belakang pada vivo X50 dan vivo X50 Pro

X50 dan X50 Pro memaparkan Extreme Night Vision (Super Night Mode) dan Starry Sky Mode yang membolehkan pengguna merakam gambar menakjubkan dari pemandangan bandar dan desa pada waktu malam, sementara fungsi 120° Super Wide-Angle (108° setelah pembetulan distorsi) dan Super Macro membantu menghasilkan foto berkualiti profesional dalam pelbagai senario.

Mod Potret vivo, yang dikuasakan oleh algoritma penyembunyian 4 lapisan, membolehkan pengguna memisahkan subjek dari latar belakang dan menerapkan kesan berasingan untuk hasil yang lebih halus.

Dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 765G, X50 Pro memberikan kelajuan pengkomputeran pantas dan keupayaan berbilang tugas yang lancar. Siri ini mempunyai kadar penyegaran skrin tinggi 90Hz, menampilkan gambar, filem, dan permainan yang jelas tanpa kabur.

Siri vivo X50 akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 21 Julai 2020 melalui Live Streaming di Facebook Rasmi vivo Malaysia, dan harga akan dinyatakan pada masa itu. vivo X50 tersedia dalam pilihan warna Frost Blue dan Glaze Black, vivo X50 Pro dalam Alpha Grey.

Update (21 Julai 2020) – Harga Siri vivo X50

vivo TWS Earphone Neo Melengkapkan Siri X50

vivo TWS Earphone Neo

vivo turut melancarkan TWS Earphone Neo bagi melengkapi Siri X50 dalam memberikan pengalaman audio berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan pencinta muzik seharian.

TWS Earphone Neo tanpa wayar ini mempunyai ciri khas iaitu Moving-Coil Unit 14.2mm untuk menghasilkan bunyi lebih kuat dan penuh, serta bio-fiber composite diaphragm untuk meningkatkan perincian audio.

Direka dengan mengkaji kepentingan keperluan pengguna, TWS Earphone Neo juga menampilkan AI Noise Cancelling untuk panggilan telefon yang lebih jelas dan beberapa kawalan pintar yang diaktifkan suara.

Fon telinga ini disokong oleh platform TWS-Generasi ke-4 Qualcomm, QCC3046, yang menawarkan latensi rendah, ketepatan tinggi, dan pengalaman mendengar yang stabil, serta teknologi Bluetooth 5.2 terkini dengan jarak maksimum 10m.

vivo TWS Earphone Neo kini boleh didapati di Malaysia pada harga RM359 dan hadir dengan dua pilihan warna – Starry Blue dan Moonlight White.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

2 thoughts on “vivo X50 & vivo X50 Pro Diperkenalkan Di Malaysia, Harga Diketahui Mulai 21 Julai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *