Tahniah diucapkan kepada The Pantheon,
Diatas pembukaan rasmi The Pantheon Esports Club mereka yang pertama yang terletak di Tingkat 1, Mesamall, Nilai, Negeri Sembilan.
Majlis ini turut diadakan serentak dengan perasmian cawangan Taiwan Excellence Concept Store yang pertama yang diuruskan oleh Brightstar Computer terletak bersebelahan.
Untuk pengetahuan anda,
Pantheon adalah platform untuk para atlet e-sukan yang bercita-cita untuk mengasah kemahiran mereka dan menjadi yang terbaik. Sebagai sebahagian daripada rancangan jangka panjang, Pantheon telah menyediakan infrastruktur yang sesuai untuk memupuk dan mengembangkan bakat e-sukan hingga ke peringkat dunia.
Dengan pembukaan kelab ini,
The Pantheon dengan bangga memperkenalkan produk baru untuk semua orang untuk menikmati dan mencipta pengalaman bersama The Pantheon.
Antaranya Couple Zone (bagi mereka yang inginkan privasi bermain game berdua) dan Streamer Room (bagi mereka yang suka streaming kandungan game bersama follower mereka).
Tidak lupa juga, Zon VR yang dilengkapi teknologi terkini bagi menambah lebih pengalaman kepada pelangan yang datang ke sini.
Pelangan yang hadir pada hari tersebut berpeluang merasai pengalaman bermain di The Pantheon Esports Club secara PERCUMA.
TURAC ~ Juara Mesa Mall Dota2 Tournament
The Pantheon Esports Club turut menganjurkan Mesa Mall Dota2 Tournament yang disertai oleh 8 pasukan yang bertanding, yakni :-
- Fly High
- Team Kuantan
- Team Taruc
- Team Tetris
- Epic Gaming
- Gagak Esports
- DQ Gaming
- Johor Tiger
Dan hadiah yang ditawarkan bernilai RM6,000 yang ditaja oleh Thermaltake Malaysia.
Tahniah diucapkan kepada Team TARUC yang dinorbatkan sebagai juara. Manakala naib juara jatuh kepada GAGAK ESPORTS dan tempat ketiga TEAM KUANTAN.
Cawangan Pertama Taiwan Excellence Concept Store Dibuka
Pada hari yang sama, cawangan pertama Taiwan Excellence Concept Store turut dirasmikan yang terletak bersebelahan dengan The Pantheon Esports Club di Mesamall, Nilai.
Ia mengetengahkan produk-produk inovatif Taiwan yang menyediakan nilai yang luar biasa kepada pengguna di seluruh dunia.
Kesemua produk yang membawa simbol ini telah menerima Taiwan Excellence Awards khusus yang menawarkan “Nilai Inovatif” sambil memenuhi kriteria utama yang ia “dibuat di Taiwan”.
Taiwan Excellence Store Flash Sales turut diadakan pada hari perasmian dengan menawarkan diskaun sehingga 90% untuk produk tertentu oleh Taiwan Excellence concept store.
Ramai yang datang beratur seawal pukul 1 tengahari untuk menjadi yang terawal untuk menikmati diskaun yang ditawarkan disini.
So, bagi rakan-rakan pembaca yang tinggal berdekatan dengan Nilai, jangan lupa untuk luangkan masa di The Pantheon Esports Club dan Taiwan Excellence Concept Store yang terletak di Tingkat 1, Mesamall, Nilai, Negeri Sembilan.
***************
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
wah.. ada Mesa Mall Dota2 Tournament tu.. hadiah wang tunai rm6000 .. asyiknyaaa… hehehe.. Tahniah Pantheon atas usaha menyediakan platform untuk para atlet e-sukan yang bercita-cita untuk mengasah kemahiran mereka dan menjadi yang terbaik
Kalau la dekat dengan rumah, dan kalau la boleh buat team dan jadikan ianya kerjaya.. mmg masyukkkk
Wah bestnya ..seronok la dapat masuk sini.. tahniah buat the pantheon. Semoga para atlet e sukan dapat asah bakat dan kemahiran mereka dengan lebih baik lagi di sini.
Hebat untuk gamer gamer ni. Sangat positif aktiviti macam ni. Saya memang tak masuk la game ni. Tak reti pun.
best lah korang yang minat game, ada port baru untuk mencuba. ni kalau anak saudara mek tengok mahu dia ajak jugak ke sini.
Tahniah The Pantheon kerana sentiasa kreatif dan berusaha dalam menyediakan platform latihan kepada para atlet e-sukan. Kemudahan serba lengkap dan amat baik. Moga usaha ini menjadi contoh kepada mereka yang menyokong dan mampu menyumbang kepada kesejahteraan bidang sukan di negara ini
Wahh untungla org n9..best kot pantheon ni hehehe..pusat gamers main esport
Mesamall Nilai ni dekat area mana ye bro. Dekat lah kalau nak pergi sini. Boleh cari laptop dan lain lain kat sini. Kaki gamers memang rajin lah singgah sini lepas ni kan. Nak nak bila dianjurkan pertandingan antara gamers dan hadiah yang ditawarkan pun lumayan.
Keluar tol nilai, belok kanan.. terus je.. lepas tue belok kanan selepas Shell…
Jumpa roundabout… ambil pukul 12, drive terus sampai jumpa simpang 4, belok kiri.. terus memandu dalam 1.8km… Then Mesamall ada dekat sebelah kiri korang..
Wahhh semakin dekat. Lepas nie boleh lah bawak member main game kt sini. Selalu pergi yg cawangan lgi satu tu. internet speed mmg laju.
Ehemmm…. dah ada team ke belum nie?
Nur tak pandai main game pandai tengok orang main game je hahaha. Tapi bagus lah usaha mewujudkan tempat atlet e sport kita asah bakat dorang. Terbaik
Cantiknya tempat esport kat mesamall ni. Pemain tegar mesti seronok main kat sini dari pagi sampai malam
Baru tahu bro ni kaki gamers jugak. Boleh la nanti singgah sini kita fight. Tengok tempat dia nice. Mesti selalu penuh ni
Mengimbau kenangan zaman Cyber Cafe yang pernah popular suatu ketika dahulu.
Ini kalu dekat dah gi bawak aeysha dah ni, dia suka gak main game pubg. Sis pun kadang2 tumpang sekaki main game gak..hehehe.
mesti nanti ramai gamer2 terhandal di nilai memenuhi setiap pc. sambil luangkan masa mereka disana
Perghhh sekarang ni org semua da go esport ehhh? Apa jadi dgn sport betul? Hahhahaha….
Mmg zaman da canggih betul kan
sport betul masih je running… cuma bajet / peruntukan je dh dikecilkan.. Kalau nak bertanding, kena keluarkan duit sendiri..