Metrowealth International Group (MIG) bakal menerbitkan filem terbaru mereka yang berjudul Lakhus “Penghulu Jin” dimana pengambarannya akan dibuat mulai minggu ini.
Penerbit terkenal, David Teo, menyatakan bahawa filem ini merupakan naskah yang telah lama dipertimbangkan untuk diterbitkan dan akhirnya menemui pengarah yang sesuai, iaitu Azmir Affendi.
Beliau ditemui ketika Majlis Doa Selamat dan Berbuka Puasa Filem Lakhus “Penghulu Jin” di pejabat urusan Metrowealth International Group (MIG).
Menurut David Teo, pemilihan Azmir Affendi sebagai pengarah adalah satu langkah berani oleh MIG. Seperti yang kita tahu, MIG sentiasa memberi peluang kepada bakat-bakat baru, selaras dengan slogan mereka, “Bintang Dicipta Bukan Dilahirkan”.
Filem Lakhus “Penghulu Jin” dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Qi Razali, Yasmin Hani, Namron, Maria Farida, Nafiz Anuar, dan ramai lagi.

Lakhus “Penghulu Jin” mengisahkan tentang pasangan suami isteri, Aqil dan Qistina, yang terpaksa berpindah ke rumah pusaka akibat tekanan yang menimpa keluarga mereka.
Namun, keadaan menjadi lebih mencabar apabila mereka mengalami insiden-insiden seram di dalam rumah tersebut. Plot cerita ini menjanjikan pengalaman seram yang bakal membuat penonton tidak senang duduk.
Dalam perkembangan lain, MIG juga akan mengedarkan sebuah filem terbitan Laku Pictures berjudul “Citra Apartment” yang dijadualkan tayangannya pada bulan Jun ini.
Ini menunjukkan komitmen MIG dalam membawa pelbagai genre filem untuk memenuhi citarasa penonton tempatan.
Majlis Doa Selamat dan Berbuka Puasa ini bukan sahaja menjadi platform untuk mempromosikan filem Lakhus “Penghulu Jin”, tetapi juga sebagai tanda penghargaan kepada semua yang terlibat dalam pembikinan filem ini.
Bagi peminat filem seram tempatan, Lakhus “Penghulu Jin” pastinya menjadi salah satu filem yang dinanti-nantikan. Dengan barisan pelakon yang berbakat dan jalan cerita yang menarik, filem ini berpotensi untuk mencipta fenomena tersendiri dalam industri perfileman Malaysia.
Bro doakan pengambaran filem ini berjalan dengan lancar dan sama-sama kita nantikan ia diterbitkan tidak lama lagi. Amin.
Keyword :
- Filem Lakhus “Penghulu Jin”
- Filem seram Malaysia
- David Teo
- Azmir Affendi
- Qi Razali
- Yasmin Hani
- Nafiz Anuar
- Metrowealth International Group
- MIG
- Filem seram terbaru
- Industri perfileman Malaysia