November 4, 2024

Majlis Meet & Greet Bersama Felixia Yeap (Rara) dan Pelancaran Buku #AmoiBerhijab

Majlis Meet & Greet  Bersama Felixia Yeap (Rara) dan Pelancaran Buku #AmoiBerhijab
PTS Media Group dengan kerjasama Mydin Mohamed Holdings Berhad telah mengadakan majlis Meet & Greet bersama Felixia Yeap (Rara) bertempat di Mydin Mall USJ, Subang Jaya.

Pada majlis tersebut juga turut berlangsungnya pelancaran buku terbaru beliau iaitu #AmoiBerhijab.

Sesi Meet & Greet ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada para peminat Rara untuk mendekati beliau dalam satu acara eksklusif di samping mengikuti kisah perjalanan hijrah beliau yang tidak pernah didedahkan di mana-mana media sebelum ini.

Acara seumpama ini diharap dapat memberikan impak positif dan teladan kepada masyarakat.

Sesi Tanda Tangan Felixia Yeap (Rara) Bersama Peminat

Majlis Meet & Greet  Bersama Felixia Yeap (Rara) dan Pelancaran Buku #AmoiBerhijab

Tetamu yang hadir bukan sahaja dari kalangan pelanggan Mydin Mall USJ bahkan ada juga peminat-peminat Felixia Yeap (Rara) dari golongan istimewa turut hadir.

Tidak lupa juga, peminat beliau dari Tokyo, Jepun yang menjadikan dia idola untuk mula berhijab dan mendalami agama Islam.

Majlis Meet & Greet Bersama Felixia Yeap (Rara) dan Pelancaran Buku #AmoiBerhijab

Majlis Meet & Greet Bersama Felixia Yeap (Rara) dan Pelancaran Buku #AmoiBerhijab

Majlis Meet & Greet Bersama Felixia Yeap (Rara) dan Pelancaran Buku #AmoiBerhijab

Majlis Meet & Greet Bersama Felixia Yeap (Rara) dan Pelancaran Buku #AmoiBerhijab

Gambar diatas merupakan gambar rakan blogger bersama Felixia Yeap (Rara) sewaktu Majlis Pelancaran Buku #AmoiBerhijab

Buku #AmoiBerhijab oleh Raisyyah Rania Yeap

Majlis Meet & Greet  Bersama Felixia Yeap (Rara) dan Pelancaran Buku #AmoiBerhijab

Tajuk: #AmoiBerhijab
Kategori: Motivasi & Inspirasi
Penulis: Raisyyah Rania Yeap
Penerbit: PTS Publishing House Sdn. Bhd.
Jumlah Muka Surat: 160
Harga Semenanjung: RM18.00
Harga Sabah/Sarawak: RM20.00

Sebut nama Felixia, yang datang dalam fikiran kita adalah: seksi.

Sekiranya tidak seksi, yang mungkin datang adalah: Playboy.

Kalau pun tidak Playboy, tergambar soal: hijab.

Namun siapa sangka, di balik wajah menawan itu ada banyak kisah? Kisah yang selama ini dipendam, disimpan, dan tidak dikongsikan.

Majlis Meet & Greet  Bersama Felixia Yeap (Rara) dan Pelancaran Buku #AmoiBerhijab

Dalam Amoi Berhijab, ada banyak cerita yang istimewa. Cerita waktu kecilnya yang disalah faham sebagai bisu. Cerita waktu sekolahnya yang asyik dibuli. Cerita waktu remajanya yang penuh dengan agenda menjaga adik sahaja.

Kemudian tentulah ramai ingin tahu hidup seorang model Playboy. Bagaimana hidup dalam dunia glamor. Serta hebatnya sehelai tudung, mampu mengubah hati seorang insan.

Amoi Berhijab, sebuah buku ikhlas daripada hati. Sebuah tulisan yang sejujurnya mahu berkongsi, buat sesiapa yang mahu mengetahui.

Kerjasama PTS bersama Mydin

Majlis Meet & Greet  Bersama Felixia Yeap (Rara) dan Pelancaran Buku #AmoiBerhijab

Hubungan antara PTS dan Mydin juga turut terjalin sebelum ini menerusi kerjasama melalui beberapa majlis pelancaran seperti Mushaf Furqan, iaitu Al-Quran pertama PTS serta karya dari Indonesia iaitu Socrates adalah Luqmanul Hakim Berkulit Hitam.

Selain kerjasama dalam bentuk acara, PTS dan Mydin juga turut menjalinkan kerjasama erat dari segi pengedaran beberapa buah buku amalan agama bersaiz poket seperti Yasin & Tahlil Edisi Al-Manzil (Zikir pendinding Diri Daripada Sihir dan Syaitan), 7 Surah Pilihan sebagai Amalan Harian, dan Mulakan Kerja dengan Doa, Yasin Edisi Angin Ahmar (Strok) – Doa Pelindung & Penawar.

Gambar Blogger Bersama Felixia Yeap (Rara) dan Pelancaran Buku #AmoiBerhijab

Bicara Bro : Ini pertama kali Bro berjumpa dengan beliau, sebelum ini tidak berkesempatan.

Eh, Bro nampak kurus. Ok Chow…!!!

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

5 thoughts on “Majlis Meet & Greet Bersama Felixia Yeap (Rara) dan Pelancaran Buku #AmoiBerhijab

  1. alahai teringinnye nak jupe si rara ni, diri die sahaja dah menjadi suri teladan dan pengajaran ramai jiwa-jiwa yang dilahirkan islam..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *