Sempena Hari Merdeka tidak lama lagi, Bro ingin kongsikan satu filem pendek yang dirakam sepenuhnya hanya menggunakan telefon pintar VIVO X50 Pro
Filem pendek KITA ini dihasilkan oleh Vivo Malaysia sempena Hari Kemerdekaan dan diarahkan oleh Pengarah Netflix Malaysia yang terkenal iaitu Mr Ho Yuhang.
Menerapkan semangat perpaduan, filem pendek KITA ni dimana ia menceritakan mengenai bagaimana persahabatan yang terjalin diantara rakan sekolah yang berbilang bangsa dan pelbagai insiden yang menjadikan mereka rapat dan saling membantu antara satu sama lain.
Memang satu karya yang Bro cadangkan untuk korang tengok.
Lagipun, filem pendek ini hanya berdurasi 9 minit dan KITA merupakan filem pertama yang dirakam sepenuhnya menggunakan telefon pintar Vivo X50 Pro.
Kalau korang nak tau, Vivo X50 Pro ini dapat memberi kualiti yang luar biasa dengan fungsi yang canggih seperti Extreme Night Vision (Super Night Mode), 60 kali Hyper Zoom, Professional Portrait, Super Wide Angle, Super Macro Functions dan lain-lain.
KITA
Memperingati pelbagai budaya Malaysia yang menampilkan peristiwa sebenar mengenai persahabatan yang terjalin antara empat pelajar dari pelbagai bangsa dan budaya.
Melalui perbezaan yang wujud antara manusia dan bagaimana individu, tempat dan situasi dapat membantu menjalin hubungan dan persefahaman di antara orang – menunjukkan kehidupan individu yang berbeza menyeberang jalan secara tidak sengaja, bertembung dengan keadaan, dan disatukan oleh satu perkara yang mereka miliki : identiti mereka sebagai rakyat Malaysia
“Perpaduan antara masyarakat inilah yang menjadikan Malaysia kuat dan unik, walaupun terdapat perbezaan etnik dan budaya, kita bersatu sebagai rakyat Malaysia, kita berusaha keras, berpengetahuan dan berkepakaran kita untuk mengatasi jatuh bangun” – Mr. Mike Xu, CEO Vivo Malaysia.
Untuk pengetahuan korang,
Lagu tema untuk filem ‘KITA’ ini telah dinyanyikan oleh penyanyi terkenal tanahair iaitu Shila Amzah yang dinyanyikan dalam dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan Mandarin.
Korang jangan lupa untuk menonton filem pendek KITA di platform sosial media seperti Facebook, Youtube dan Iflix bermula 27 Ogos 2020.
***************
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter
Pernah dengar ramalan pakar pada suatu hari masyarakat mempunyai pilihan untuk berhibur. Youtube yang dihasilkan Content Creator akan trend setter baru.