Bersempena dengan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia yang bertemakan ‘Malaysia Prihatin’, Thomas & Friends™ menyasarkan untuk mempromosikan nilai persahabatan, kerja berpasukan dan pengembaraan melalui karnival secara dalam talian.
Karnival yang menyeronokkan ini untuk keluarga meluangkan masa yang berkualiti di rumah bersama anak-anak.
Mattel menganjurkan pelbagai aktiviti berkonsepkan gabungan elemen pendidikan dan hiburan bagi kanak-kanak menikmatinya di rumah sambil mempelajari kepentingan nilai persahabatan dan kerja berpasukan.
Ini bersesuaian dengan tema Hari Kemerdekaan Malaysia dan Hari Malaysia iaitu ‘Malaysia Prihatin’.
Pengembaraan menarik Thomas & Friends™ ini akan diserikan dengan sesi membaca eksklusif oleh Dr Sheikh Muszaphar melalui Facebook Live setiap hari Khamis dan menonton Thomas & Friends™ bersama keluarga pada waktu malam dengan tontonan khas episod Thomas & Friends™ yang terpilih di YouTube.
“Saya amat meminati pengembaraan Thomas & rakan-rakannya. Saya sangat berbesar hati dan gembira dapat turut terlibat dengan sambutan ini dan berkongsi bacaan cerita khas ini kepada semua orang. Tahniah Thomas & Friends™ kerana berjaya mencapai kejayaan sehebat ini! " – Dr Sheikh Muszaphar Shukor.
Ibu bapa juga boleh menikmati promosi 9.9 eksklusif untuk set Thomas & Friends™ TrackMaster di Fisher-Price Flagship Store di Lazada & Shopee dan promosi di outlet sejajar dengan sambutan ulang tahun ini.
Sambutan ulang tahun Thomas & Friends™ ke-75 ini, merangkumi sesi penceritaan yang lebih menarik dan interaktif, episod istimewa dan baru di YouTube, ‘podcast’ di Spotify, buku aktiviti dan promosi menarik untuk set Thomas & Friends™ TrackMaster.
Untuk merasai pengalaman aktiviti di Thomas & Friends™ playroom, layari laman web, Thomas & Friends™
Budak2 lelaki selalu suka thomas ni kan :)