Sejuk je bila tengok gambar ini.
Waktu itu, Ayah tersenyum tengok gelagat bakal menantunya.
Mak pula menangis gembira dengan kehadiran bakal menantunya di Pagi Syawal.
Nampak tak dia punya bodek macam mana. Sanggup raya pertama, balik raya dekat rumah bakal mertua dia semata-mata nak tambat hati mak ayah untuk ambil dia jadi menantu.
Lepas kahwin,
Dia bagitau, balik raya belah family dia lama sikit tak kisah raya pertama ke kedua atau ketiga.
Pernah sekali tue, Seminggu beraya dekat sebelah family dia sahaja. Habis satu Johor dia ajak round jumpa sedara mara dia.
Anyway, Terima kasih awak, kerana awak bukan sahaja mengembirakan hati saya, bahkan hati kedua ibubapa saya.
Terima kasih juga kerana menceriakan hidup saya dengan kehadiran 2 cahaya mata yang menjadi peneman hidup saya seharian di rumah hahaha. House Husband katakan ;)
Awww sweet, semoga berbahagia hingga ke jannah :)