October 12, 2024

Dengan RM500, Anda Boleh Miliki Proton X50 Mulai Esok

Pandang Pertama Proton X50
Proton Holdings Berhad (Proton) hari ini mula memperkenalkan model terbaharu keluaran mereka, kenderaan utiliti sukan (SUV) iaitu Proton X50.

Dengan hanya RM500, korang boleh menempah model terbaharu keluaran Proton Holdings Berhad (Proton) ini bermula esok (16 Sept 2020).

Untuk pengetahuan korang, Proton X50 ini ditawarkan dengan enjin 1.5 liter turbo dalam empat varian iaitu 1.5T Standard, 1.5T Executive, 1.5T Premium dan 1.5 TGDi Flagship.

Ia dilengkapi kotak gear dwi-klac tujuh kelajuan, empat atau enam beg keselamatan, rim aloi 17 atau 18 inci, kerusi balutan fabrik atau kulit dan sistem infotainmen GKUI tahap 2 (bergantung kepada varian).

Hadir dengan enam pilihan warna iaitu Putih Snow, Perak Armour, Kelabu Jet, Biru Ocean, Oren Citric dan Merah Passion.

Bahagian Belakang Proton X50

Sport Rim Proton X50

Sunroof Proton X50
‘Sunroof’ hanya terdapat pada varian Premium dan flagship sahaja

Proton X50 didatangkan dengan ciri-ciri eksklusif antaranya :-

  • Sistem mengesan manusia dan objek, berbeza dengan X70 yang hanya mempunyai sistem mengesan objek sahaja.
  • ‘Sunroof’ hanya kepada varian Premium dan flagship sahaja, 90 peratus tinted dan dilindungi sinaran ultra violet (UV).
    Ciri-ciri lain termasuk Advance Driver Assistance System (ADAS) 2.0.
  • Bagi kelengkapan kamera, varian standard kamera hadir pada bahagian depan dan belakang kenderaan sahaja manakala Executive ke atas mempunyai kamera 360 darjah.
  • Voice command pula kini bersuara perempuan berbeza dengan Proton X70 yang menggunakan suara lelaki.
    Untuk model premium dan flagship Infotainment (10.25 inchi) manakala standard dan executive (8 inci)

Proton X50

Bagi penggunaan aplikasi Proton yang boleh melakukan beberapa perkara dan ini termasuk mengawasi kereta, mengetahui lokasi kenderaan, menghidupkan enjin walaupun berada jauh dari kenderaan, melihat pintu telah dikunci atau tidak, memeriksa angin tayar dan jumlah petrol yang masih ada.

Selain itu, Proton X50 turut hadir dengan ciri parkir automatik (auto parking) yang boleh memudahkan pemandu masuk ke kotak parkir dengan sendirinya tanpa perlu memegang stering.

Bagaimanapun, harga sebenar kenderaan itu belum diumumkan kerana ia hanya akan dibuat pada majlis pelancaran rasmi tidak lama lagi.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

2 thoughts on “Dengan RM500, Anda Boleh Miliki Proton X50 Mulai Esok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *