December 3, 2024

Luahan Hati Seorang Blogger [Part 53] ~ Berkongsi Peluang & Ruang Bersama Rakan

Rakan Blogger Marrybrown Sg Choh
Alhamdulillah, Bro diperkenalkan dengan beberapa rakan-rakan yang supportive dan banyak membantu Bro selama ini. Walaupun kebanyakan muka baru, Bro tak akan sesekali lupakan yang lama.

Dalam masa yang sama, Bro berkesempatan berkongsi peluang & ruang kepada rakan-rakan yang sudi bagi kerjasama kepada Bro sebelum ini.

Walaupun, ia pada mulanya hanya PERCUMA (Yup Percuma, walaupun mereka boleh demand dengan Bro), kemudian…. kemudiannya… dan kemudiannya…. Yang tahu sahaja tahu, satu persatu pintu rezeki bersama Bro terbuka bersama.

Yup, 10 tahun Bro buat benda nie.

Kalau ikutkan, nothing PERCUMA dalam dunia ini. Bro akui.. Nak masuk toilet kena bayar, nak keluar rumah pun kena keluar duit juga.

Blogger Movie Day Out - Cloudy With A Chance Of Meatballs 2
Anjurkan Movie Day Out bersama Blogger & rakan artis

Kini, Bro boleh tarik nafas lega.

Boleh come up dengan list rakan-rakan untuk setiap kempen yang baru. Setiap kempen dengan rakan-rakan yang berbeza. Sekurang-kurangnya Bro tak nampak macam pilih bulu.

*****

Movie Day Out Blogger Filem Animasi SuperSquad
Anjurkan Movie Day Out bersama Blogger menonton Filem Animasi SuperSquad

Dulu, Bro teringin nak punyai team sendiri. Sama seperti OhMedia, Amanz, TheVocket etc. Tapi masih tak mampu untuk bertahan lama.

Selepas bertahun, Bro masih lagi buat kerja sensorang. Kadangkala, tak terkejar nak buat sensorang.

Team?

Bro terus terang, Team berteraskan $$$ memang tak kan kekal lama. Percaya la.

Kerana $$$ kita akan mudah putus kawan, putus sedara, putus ikatan perkahwinan dan paling penting, terkorban impian / matlamat yang kita cuba perjuangkan.

Kalau kita dah terbiasa dengan $$$, bila sampai masanya tiada $$$ kita akan mula memberontak dan mula kurang keikhlasan dalam melakukan sesuatu.

Bila tiba masanya, jangan tanya kenapa….

*****

Siemens Blogger Malaysia

Alhamdulillah Bro ditemukan dengan beberapa fav Blogger yang sudi bekerjasama dengan Bro walaupun ketika Bro jatuh atau tersungkur.

Tak pernah berkira dengan Bro & mampu bertindak secara profesional. Moga apa yang pernah terjadi pada Bro satu ketika dahulu, tidak berulang kembali.

Yang penting jaga kualiti anda. Insya’lah Bro mudah untuk propose pada klient dimasa hadapan. Mana tahu, ada yang berkenan untuk menjalinkan kerjasama secara berterusan berbanding one-off.

Blogger Switch for XTRA Road Challenge
Kali terakhir handle kempen untuk Petronas pada tahun 2013

Tapi, apa kateria yang buat pintu hati Bro terbuka nak propose korang ek? Tanya pada diri sendiri dan baiki mana yang terkurang.

Salam Maal Hijrah

Yang Benar,
Bro Framestone – Bapak Hidup Bukan Bertuhankan $$$$

Nota Kaki : Kesemua gambar diatas adalah kenangan Bro bersama rakan-rakan semua sepanjang 10 tahun aktif dalam arena sosial media.

***************

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

10 thoughts on “Luahan Hati Seorang Blogger [Part 53] ~ Berkongsi Peluang & Ruang Bersama Rakan

    1. emm asal xde button reply kat komen bro? ade kat starting komen je reply.

      mane ade menghilang bro..ade je…cuma menyepi cket je aritu..haha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *