The Chicken Rice Shop (TCRS) kini memperkenalkan hidangan baru – Flaming Koli berinspirasikan masakan India yang kaya dengan aroma sempena perayaan Deepavali tidak lama lagi.
Hidangan Flaming Koli diperbuat dengan menyatukan rempah asli masakan India yang meningkatkan lagi selera rakyat Malaysia – cuba sekali, pasti nak lagi!
Apa yang boleh Bro perkatakan mengenai Flaming Koli,
Aayamnya dimasak bersama rempah ratus yang pedas dan enak dengan aroma padanya mampu menaikkan selera korang. Bro sudah rasa keenakkannya.
Flaming Koli memang lazat, sesuai untuk dinikmati bersama keluarga dan rakan-rakan tersayang.
Berinspirasikan masakan India yang kaya dengan aroma, TCRS dengan telitinya mencipta menu eksklusif ini khas buat perayaan Deepavali.
Untuk lebih penjimatan, korang boleh menikmati 2 ketul Flaming Koli bersama hidangan lain dari The Chicken Rice Shop melalui set yang ditawarkan :-
- Meal A (1 Pax) ~ RM20.90
- Meal B (2 Pax) ~ RM48.90
- Meal C (4 Pax) ~ RM87.90
Sekiranya, pergi ke TCRS waktu makan tengahari,
Korang boleh upgrade ayam pada set Good Lunch mereka kepada 2 ketul Flaming Koli (A la Carte = RM16.90) dengan hanya sedikit cas tambahan.
Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk menikmati Flaming Koli dari TCRS bagi tempoh masa terhad mulai 21 September 2020 hingga 15 November 2020.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai menu Deepavali atau promosi lain yang terdapat di The Chicken Rice Shop, sila kunjungi www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/
wah ada yang baru! kena gi try ni
Yup, mmg kena try.. yang ini, ayam dia pasti tidak mengecewakan
pedas sangat ke bro? nmpk gelap je tu…hahahaha…macam Mala ke rasa dia?