October 12, 2024

Psiko Pencuri Hati – Siapa Yang Psiko Sebenarnya

psiko pencuri hati - Amerul Affendi Bront Palare

Filem Psiko Pencuri Hati, karya bergenre ‘thriller’ telah ditayangkan pada 5 September yang menampilkan barisan pelakon berwibawa seperti Sharifah Amani, Bront Palarae dan Syed Hussein sebagai teraju utama.

Pada permulaan Filem ini, Bro sendiri agak konfius dan cuba memahami apa sebenarnya yang terjadi dan cuba ingin disampaikan oleh watak utamanya yang macam psiko orangnya.

Tetapi sedikit demi sedikit ianya dikupas dan menyerlahkan sifat watak utamanya iaitu O.Sidi seorang penulis novel yang menggemari subjek ‘thriller’ di dalam setiap karyanya.

Psiko Pencuri Hati - Bront Palare Bawah Katil

Disebabkan tahap “psiko”nya itu, 6 karyanya sebelum ini laku “bestseller” dan beliau sedang menghasilkan karya yang ke -7.

Tetapi, apa yang menghantui beliau bila dapati didada akhbar terdapat beberapa kes melibatkan pembunuhan bersiri dimana dada mangsa telah dibedah, hatinya dicuri kemudian dijahit semula lengkap berpakaian sama seperti apa yang dia tuliskan dalam novel beliau.

Wowww…!!! Gila psiko.

Malangnya siapa pula yang meniru cara pembunuhan dari karya novelnya yang masih lagi ditulis? Adakah pembunuh tersebut tau apa yang ingin ditulis oleh O.Sidi dalam novelnya?

Adakah O.Sidi sendiri melakukan pembunuhan tersebut untuk mendapatkan ilham dalam menulis novel beliau?

psiko pencuri hati - Sharifah Amani Syed Hussein Syira Ayob

Begitu juga dengan watak Wani lakonan Sharifah Amani, isteri kepada Dr Khai.

Masalah rumah tangganya semakin meruncing bila mereka suami isteri tidak bertegur. Dah la suasana dalam rumah agak muram gelap (faktor pencahayaan or dorang selesa nak bergelap) menampakkan hubungan mereka memang ada masalah yang besar.

Apa puncanya Bro tak pasti. Tetapi si Khai ini telah mengatur honeymoon ke satu pulau untuk memulihkan hubungan mereka.

Psiko Pencuri Hati - Sharifah Amani

Yang Bro perasan, mereka ada masalah untuk berkomunikasi dan dihantui oleh peristiwa lama. Khai selalu memaksa Wani untuk luahkan kepada dia.

Malangnya setiap kali Wani luahkan, dia pula yang dimarah dan dipersalahkan olah Khai. Psiko betul la dapat laki macam ini.

Oleh sebab itu, Wani selalu menghabiskan masa dirumah dengan membaca novel tulis O.Sidi dan menyebabkan dia jatuh hati padanya.

Psiko Pencuri Hati - Sharifah Amani Bront Palarae

Sehinggakan ketiga-tiga watak ini bertemu di sebuah pulau (tempat Khai & Wani honeymoon) merapatkan lagi Wani dengan O.Sidi (malangnya O.Sidi tak nak ada apa-apa hubungan takut Wani jadi sasaran pembunuh bersiri yang beliau takutkan)

Pada malam kedua mereka disana, berlaku satu pembunuhan yang menyerlahkan sisi gelap setiap watak dalam filem ini.

Nak tahu? Layan la filem ini dipawagam berhampiran anda.

Sebelum itu, jom layan trailer Filem Psiko Pencuri Hati (HD punya)

Terima kasih kepada pihak penganjur kerana sudi menjemput Bro sebagai Media sewaktu majlis tayangan eksklusif Filem Psiko Pencuri Hati.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

21 thoughts on “Psiko Pencuri Hati – Siapa Yang Psiko Sebenarnya

  1. saya mmg suka filem2 psycho ni..sebelum ni layan yang luar negara pny mmg best..epik..yang malaysia punya rasanya cerita SAM genre psycho jugak kot..boleh la tahan..harap2 filem ni lagi gempak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *