Memperkenalkan aplikasi HungryGoWhere di Malaysia,
Ianya salah satu langkah syarikat SingTel untuk memperkenalkan jenamanya diluar Singapura yakni di Asia dan Australia berikutan pengambilalihan perkhidmatan itu tahun lepas.
Aplikasi HungryGoWhere memudahkan penguna untuk mencari tempat untuk makan.
Laman web dan aplikasi mudah alih ini juga mempunyai ulasan dan cadangan restoran-restoran yang dikemukakan oleh pengguna lain.
Baru tak nampak macam berat sebelah atau bias.
Buat masa sekarang, HungryGoWhere Malaysia sedang merancang fasa seterusnya untuk menggabungkan cadangan peribadi yang mencadangkan tempat untuk makan berdasarkan carian pengguna dan tabiat makan.
Pengguna aplikasi HungryGoWhere boleh mencari, menemui dan mengenal pasti hidangan terbaik dari kedai-kedai makanan di seluruh Malaysia.
Melalui laman web dan aplikasi mudah alih boleh dihubungkan melalui Facebook dan pengguna boleh melihat cadangan rakan-rakan mereka dan ulasan (jika mereka log masuk menggunakan akaun Facebook mereka)
Jom cuba aplikasi ini.
Nampak menarik aplikasi ni.. boleh kita cuba. .. terima kasih di atas perkongsian info. ..
Tiada masalah, applikasi ini pun nampak menarik je :)
mesti banyak restoran mewah je kot..restoran bawah pokok tah ada tah :D
kena buat satu aplikasi baru untuk gerai2 bwh pokok pula..banyak jugak yg best sebenarnya daripada restoren mewah..hu3
senang nak cari lokasi makan sedap lepas ni :)
dia leh cari tak kedai cendol banting??
Bagus ni, kalau kita boleh tambah-tambah sendiri pun bagus jugak…heeee