June 1, 2020

realme C3 Dilancarkan di Malaysia Pada Harga RM499

Pelancaran realme C3 Malaysia
Suku pertama tahun 2020 dikuasakan dengan penambahan ahli baharu realme C Series iaitu realme C3 yang dijual pada harga RM499.

Ianya juga model pertama di dalam segmen yang menggunakan cip pemproses MediaTek Helio G70 yang kuat dan pantas,
sekaligus menjadikan impian pengguna tegar media sosial dan mobile gamers satu kenyataan.

Hadir dengan ketersediaan realme UI yang baharu sahaja diperkenalkan, memberikan rasa premium pada pengguna. Kelebihan realme C3 bukanlah pada harga dan rekaannya semata-mata, namun 4 ciri utama iaitu Prestasi, Bateri, Paparan dan Kamera.

realme C3 – Triple Camera, Game Monster

realme C3 - Triple Camera

Model ini dilengkapi 3 kamera utama iaitu 12MP+2MP+2MP. Kamera utama belakang mempunyai aperture bersaiz F1.8. Ia berupaya mengezum sehingga 4X selain menyokong autofocus PDAF. Kelebihan yang lain adalah pada kualiti gambar yang kelihatan jelas sama ada pada siang hari, keadaan cahaya rendah juga pada persekitaran gelap.

Bagi kamera makro dengan saiz lensa 4CM, berupaya memberi gambar yang lebih terperinci apabila pengguna mengambil gambar objek yang sangat kecil juga menyokong fungsi bokeh.

realme C3 mempunyai ciri menarik seperti Chroma Boost, mod potret dan rakaman video slow motion yang sukar dicari bagi segmennya. Ciri Chroma Boost, melalui algoritma pemetaan peringkat piksel, mengembalikan kecerahan dan warna, memberikan rangkaian dinamik, kontras skrin dan warna terang yang lebih baik.

Selain itu, kameranya turut menyokong mod HDR secara automatik. Ia didatangkan dengan kualiti video 1080p dan video slow motion pada 120 fps. Di bahagian hadapan, kamera 5MP selfie dilengkapi fungsi kecantikan AI, mod HDR, mod potret dan ciri Panoselfie untuk mengambil swafoto yang lebih luas.

2 Pilihan Warna realme C3 RM499

realme C3 dilengkapi dengan paparan terbesar bagi segmen ini dengan paparan mini drop 6.5" HD+ yang 30.9% lebih kecil daripada dewdrop biasa, juga nisbah skin badan pada 89.8%.

Bagi warnanya pula, realme C3 terdapat dalam dua warna Blazing Red dan Frozen Blue, masing-masing membawa simbol lava panas dan glasier sejuk.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai acara dan promosi realme Malaysia, anda boleh ikuti Facebook realme Malaysia dan Instagram @realmemalaysia.

Bro Framestone

Travel, Parenting dan Lifestyle Influencer di Malaysia. 10 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *