March 19, 2024

Le French Festival 2020 Kembali Untuk Edisi Yang Ke-19 di 4 Bandar Utama

Le French Festival 2020
Acara tahunan terbesar, Le French Festival kembali lagi untuk edisi yang ke-19 dari 19 March hingga 26 April 2020.

Ini peluang untuk warga Malaysia merasai semua berkaitan dengan Perancis melalui filemnya, pameran seni, muzik, persembahan teater, gastronomi dan banyak lagi.

Sejak penubuhannya pada tahun 2001, Le French Festival secara beransur-ansur berkembang menjadi penghubung utama pertukaran budaya antara Perancis dan Malaysia dengan kejayaan menjangkau puluhan ribu penonton dari 4 bandar utama : Kuala Lumpur, Penang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu.

Melalui program dan aktiviti ini, anda dapat nikmati oleh semua pengalaman dalam kehidupan warga Perancis.

Bukan itu sahaja,

Pihak penganjur, yakni Alliance Française (AF) bersama Keduataan Perancis di Malaysia turut menjemput rockstar yang terkenal di peringkat antarabangsa, Manu Chao.

Beliau akan membuat persembahan berbentuk akustik dari album beliau melalui pertunjukan mesra keluarga dari Perancis dan Sepanyol, sebagai sebahagian daripada lawatan beliau di Asia Tenggara.

LFF 2020 juga bakal melibatkan chef selebriti Malaysia yang terkenal, Anis Nabilah melalui sokongan berterusan dan minatnya dalam gaya hidup Perancis.

Melalui masakan dan kebudayaan Perancis, ia telah membantu chef terkenal ini melihat dan memperbaiki kepakaran kulinernya.

Majlis Pelancaran Le French Festival 2020

LFF 2020 akan menampilkan tren dan hiburan terkini dari Perancis termasuk:

  • Festival filem Perancis terbesar di Malaysia dengan 17 filem Perancis pemenang anugerah (beserta sarikata Bahasa Inggeris).
  • Pemuzik dari pelbagai ras yang mempersembahkan muzik Perancis
  • Pertunjukan teater secara langsung
  • Acara Art de Vivre termasuk bengkel pembuatan roti , sesi merasa makanan dan minuman, kelas memasak dan banyak lagi.

Bagi anda yang berminat untuk sertai Le French Festival 2020, anda boleh rujuk lokasi & tarikh seperti yang dinyatakan dibawah :-

  • Kuala Lumpur : 19 March – 5 April
  • Penang : 9 April – 19 April
  • Johor Bahru : 16 April – 19 April
  • Kota Kinabalu : 23 April – 26 April

Untuk maklumat lanjut mengenai Le French Festival 2020, anda boleh layari laman web www.lefrenchfestival.com.my

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *