April 28, 2024

Vietjet Tawar Diskaun 50% Tiket Penerbangan Untuk Semua Laluan Seluruh Asia

Diskaun 50% Vietjet Malaysia
Berita baik buat kaki travel, Vietjet menawarkan diskaun sebanyak 50% ke atas tambang tiket untuk semua laluannya (Tidak termasuk cukai dan yuran).

Tawaran ini bermula pada 1 Februari 2020 sehingga 29 Februari 2020.

Maka, jangan lepaskan tawaran ini untuk nikmati peluang terbaik buat anda yang ingin melancong ke destinasi-destinasi baru yang menarik sambil sambil menikmati penerbangan bersama dengan Vietjet.

Nikmati Diskaun 50% Dengan Vietjet

Untuk nikmati tawaran hebat ini, anda hanya perlu masukkan kod “BOOKNOW50” sewaktu membuat tempahan tiket untuk melayakkan anda memperolehi diskaun 50% tersebut.

Tawaran istimewa ini termasuk semua laluan domestik di Vietnam dan Thailand, serta laluan antarabangsa yang menghubungkan Vietnam dengan destinasi menarik di seluruh Asia iaitu Malaysia, India, Jepun, Korea Selatan, Indonesia, Taiwan, Singapura, Myanmar, Kemboja, dan lain-lain.

Bagaimanapun, tawaran ini sah untuk perjalanan anda antara 20 Februari 2020 hingga 27 April 2020 (Tidak termasuk cuti umum).

Terbang Bersama Vietjet

Tempahan tiket boleh dibuat melalui laman web Vietjet – www.vietjetair.com, Aplikasi Mobile “Vietjet dan laman Facebook www.facebook.com/vietjetmalaysia (hanya klik tab “Booking”).

Jangan lupa untuk masukkan kod “BOOKNOW50” sewaktu membuat tempahan tiket. Pembayaran pula, boleh dibuat menggunakan kad Visa/ MasterCard/ AMEX/ JCB/ KCP/UnionPay.

Untuk pengetahuan anda,

Vietjet kini beroperasi secara harian bagi laluan Kuala Lumpur – Ho Chi Minh City dengan tempoh penerbangan lebih kurang 1 jam & 55 minit.

Penerbangan berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 13:10 dan tiba di Ho Chi Minh City pada pukul 14:05. Manakala penerbangan pulang dari Ho Chi Minh City pada pukul 9:30 dan tiba di Kuala Lumpur pada pukul 12:25 (waktu tempatan).

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web Vietjet – www.vietjetair.com.

***************

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *