November 4, 2024

Infinity by Harman Lancar 10 Produk Baharu Audio Premium Untuk Pasaran Malaysia

TRANZ Infinity by Harman
Korang mesti pernah dengar jenama audio “Harman Kardon” kan sebelum ini?

Mereka kini telah dikenali sebagai Harman International selepas diambil-alih oleh Samsung beberapa tahun yang lalu.

Baru-baru ini, HARMAN – anak syarikat milik penuh Samsung Electronics Co. Ltd ini telah mengambil-alih jenama Infinity Systems dan kini dijenamakan sebagai Infinity By HARMAN.

Mereka telah melancarkan 10 produk baharu audio yang menarik untuk pasaran Malaysia termasuk enam fon kepala Infinity dan empat pembesar suara Bluetooth mudah alih.

Infinity merupakan penambahan terbaharu untuk barisan jenama audio premium yang sangat popular seperti JBL, AKG, Harman Kardon, Revel® dan Mark Levinson by HARMAN.

Infinity Clubz

Produk Infinity direka bentuk untuk golongan audiophile yang mencari pilihan yang lebih luas dan bersesuaian namun pada harga mampu milik.

Jajaran produk Infinity dilengkapi dengan reka bentuk bergaya yang pintar dan mod bass yang lebih baik.

Dengan satu klik, korang dapat menikmati irama lagu yang penuh dengan nada bass, dan klik lagi sekali untuk kembali secara lancar ke bunyi yang asal.

Dengan perkembangan terperinci dan mekanisme tepat yang digunakan dalam teknologi suara, korang sebagai pengguna boleh menikmati pengalaman audio sampai bila-bila (Infinity).

“Sejak bertahun-tahun, Infinity merupakan produk yang paling ingin dimiliki para peminat audio dan merupakan pilihan yang terbaik untuk golongan pendengar yang arif di seluruh dunia,” – Encik Mitchell Wong, Pengurus Pembangunan Perniagaan HARMAN International.

Wynd Infinity by Harman

Sejak pelancaran pertama pada tahun 1968, jenama Infinity telah mencipta gabungan teknologi, prestasi dan reka bentuk yang unik untuk pelbagai golongan pengguna di seluruh dunia.

Jenama ini menawarkan pelbagai aplikasi audio termasuk surround sound pelbagai saluran, pakej home theater, pembesar suara rumah di dinding, penguat audio marin dan subwoofer, dan pelbagai produk audio seperti fon telinga dan fon kepala dinamik, termasuk pembesar suara mudah alih untuk pengguna.

Produk Infinity baharu merangkumi:

  1. Fon kepala – Wynd, Tranz Series, bermula dari RM 59.00
  2. Pembesar suara Bluetooth – Clubz Series yang bermula pada harga dari RM 89.00

Peminat Harman boleh mendapatkan fon kepala Infinity dan pembesar suara mudah alih melalui kedai dalam talian dan kedai runcit terpilih termasuk SenQ, Urban Republic, Mac City, Vivid Marketing, All IT, Lazada Tech Mall, dan Shopee mulai 6 Ogos ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk Infinity by Harman, korang boleh layari laman web Brightstar Malaysia –
www.brightstarcorp.com.my.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “Infinity by Harman Lancar 10 Produk Baharu Audio Premium Untuk Pasaran Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *