Bersempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia yang akan datang, JACK ‘n JILL Cream-O memeriahkan sambutan kali ini dengan menzahirkan penghargaan kepada wira dan wirawati negara yang ‘Ekstra O-Some’, iaitu pejuang barisan hadapan kita.
Sebagai pembuka tirai kepada sambutan ini, JACK ‘n JILL Cream-O telah mengaturkan satu kejutan istimewa untuk barisan penunggang penghantaran yang jasanya tidak ternilai di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Kejutan Buat 100 Rider Foodpanda
Awal minggu ini, apa yang sepatutnya tugasan harian menghantar makanan kepada pelanggan bertukar luar biasa buat seramai 100 penunggang foodpanda.
Setibanya di lokasi masing-masing, mereka terkaget apabila mendapati makanan yang ditempah itu sebenarnya adalah untuk diri mereka!
Lebih manis lagi, penunggang penghantaran ini juga dihadiahkan dengan kit terima kasih Cream-O ‘Ekstra O-Some’, yang mengandungi beberapa paket Cream-O yang lazat serta satu set fon kepala Bluetooth untuk memudahkan penghantaran mereka agar selamat dan cekap.
Sambutan mengenang jasa Cream-O ‘Ekstra O-Some’ akan sampai ke kemuncaknya pada Hari Malaysia dengan satu video penghargaan yang dihasilkan melalui kerjasama dengan penyanyi dan pencipta lagu terkemuka, Ismail Izzani.
Di sepanjang bulan Ogos, JACK ‘n JILL Cream-O menyeru semua rakyat Malaysia untuk menyampaikan penghargaan kepada barisan petugas hadapan dengan menghantar gambar diri kreatif bersama nota terima kasih dalam apa jua bahasa.
Sebanyak 63 karya akan disenarai pendek dan ditampilkan dalam kompilasi video penghargaan yang akan disiarkan pada 16 September 2020. Kesemua penyertaan yang terpilih itu akan diberikan cenderahati edisi terhad serta satu jemputan ekslusif untuk bertemu Ismail Izzani secara dalam talian.
Bersempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia, pelanggan-pelanggan di seluruh negara akan menikmati tambahan 15% biskut percuma dalam setiap pek Cream-O 132g dan Cream O-Tart 120g.
Untuk maklumat lanjut, silar layari https://www.facebook.com/creamomalaysia/
Rebutlah peluang untuk karya anda dipilih dan ditampilkan dalam kompilasi video penghargaan khas dan menangi sesi pertemuan secara dalam talian eksklusif bersama Ismail Izzani, serta memorabilia bertandatangan:
Langkah 1
Beli JACK ‘n JILL Cream-O dan/atau Magic bernilai RM5 dan ke atas dalam satu resit. Tarikh pembelian sah hendaklah di antara 1 Ogos 2020 hingga 31 Ogos 2020.
Langkah 2
WhatsApp resit,
Langkah 3
Jawab soalan dan hantar ke +6011-5500 1878: “Pek Promosi Cream-O PERCUMA 15% terdapat dalam 4 variasi – Ya/Tidak?”
Dah apply jd rider foodpanda tapi belum ada rezeki..
Insya’lah ada rezeki dimana-mana kelak…
mesti dorang happy gila kan!