October 20, 2020

Nasi Kandar Marrybrown Kembali Dengan 2 Ketul Ayam MB Crispy

Nasi Kandar Marrybrown
Ada peminat Nasi Kandar tak dekat sini?

Siapa tak minat Nasi Kandar. Mahu meleleh bila melihat kuah kari membanjiri nasi bersama ayam goreng dan juga bendi. Ternyata mampu membuka selera bagi sesiapa yang terliur dengannya.

Apa-apa pun, Bro ingin berkongsi khabar gembira dimana menu Nasi Kandar Marrybrown (MB) kembali lagi tahun ini bagi tempoh masa terhad.

Tetapi kali ini, ia telah kembali dengan kelainan istimewa, bukan satu tapi dua ayam MB Crispy!

Nasi Kandar Marrybrown 2 Ketul Ayam

Kenapa perlu order 1 ketul ayam, jika anda boleh dapat 2 ketul ayam MB Crispy pada harga yang istimewa?

Lebih menyelerakan bila ia disajikan bersama nasi yang dibanjiri dengan kuah kari, dilengkapi dengan telur rebus, bendi, papadom dan segelas Heaven and Earth Teh Ais Limau yang menyegarkan.

Korang boleh menikmati Nasi Kandar MB dengan set :

Nasi Kandar Chicken Combo berharga dari:
1) Nasi Kandar 2-pcs Chicken Combo: Harga dari RM 16.20
2) Nasi Kandar 1-pcs Chicken Combo: Harga dari RM 12.70

Apa apa tunggu lagi, jom kita ke restoran Marrybrown sekarang…!!!

Nasi Kandar Marrybrown (MB) hanya ditawarkan bagi tempoh masa terhad bermula 16 Julai 2020. Jangan korang terlepas peluang ini ;)

Untuk maklumat lanjut mengenai Menu & Promosi dari Marrybrown, korang boleh layari Facebook, Instagram & Youtube Marrybrown. Jika nak order melalui khidmat penghantaran, korang boleh layari http://mbdelivery.com.my

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *