Coolblog telah memperkenalkan siri baharu minuman mereka iaitu Magical Unicool.
Siri Magical Unicool diilhamkan oleh Unicorn yang melambangkan fantasi dan kisah dongeng, selari dengan objektif dan konsep kempen untuk menghasilkan siri minuman yang akan menceriakan hari-hari pelanggan Coolblog.
Untuk promosi masa terhad, Coolblog menawarkan topping Fluffy Cloud Bits yang akan menyerlahkan lagi kelazatan Magical Unicool dan akan pasti menjadi kegemaran para pelanggan!
Sebagai jenama dan perintis bagi perniagaan pencuci mulut dan minuman Halal berasaskan kios di Malaysia, Coolblog terus berusaha untuk mencipta minuman yang dinikmati ramai dengan memastikan keenakan rasa, kepelbagaian pilihan perisa dan harga yang berbaloi.
Siri Magical Unicool ini tersedia dalam tiga perisa:
- Unicool Magical – Kombinasi perisa strawberi dan Blue Coral yang mencetuskan rasa manis dan lazat
- Unicool Dazzle – Berperisakan keladi dicampur dengan Blue Coral
- Unicool Twinkle – Gabungan perisa keladi serta strawberi.
Diinspirasikan daripada Unicorn, minuman berasaskan rona pelangi ini diserlahkan lagi dengan tambahan marshmallow bersaiz mini yang gebu dan berwarna-warni.
Ketiga-tiga smoothie ini dilengkapi dengan keenakan gabungan brown sugar pearls, rainbow jelly dan marshmallow Fluffy Cloud Bits mini pada harga RM10.90.
Dengan adanya Fluffy Cloud Bits sebagai topping untuk siri Magical Unicool, ia akan menyerlahkan lagi elemen fantasi malah menyempurnakan kombinasi perisa dan warna yang unik pada minuman tersebut.
Kini anda boleh nikmati siri Magical Unicool di mana-mana cawangan Coolblog berdekatan dengan anda.
Untuk maklumat lanjut tentang Coolblog dan promosi mereka, anda boleh layari laman web: www.coolblog.com.my/