March 26, 2023

Westplate Factory Sentul Point Kini Tawar Aneka Sajian Asli Masakan Thai

Westplate Factory Sentul Point

Anda kini tak perlu ke Thailand untuk merasa sendiri hidangan yang benar-benar asli seperti makan di Bangkok Thailand.

Westplate Factory Sentul Point kini menawarkan aneka pilihan sajian asli masakan Thai yang enak disediakan oleh Chef Chariyaphon Phiwasak atau lebih dikenali sebagai Chef Jaa yang dibawa khas, dari Thailand.

Chef Jaa yang berpengalaman luas dalam bidang masakan dan berasal dari wilayah Buriram, Thailand memilih resipi popular untuk disajikan kepada seluruh pelanggan yang menggemari masakan Thai.

Bermula dengan sajian Western dari cawangan Shah Alam di section 23, kini cawangan ke-2 Westplate di Sentul Point telah mengorak langkah dengan pembaharuan mengikut kehendak pelanggan yang kian meningkat.

Hidangan Thai di Westplate Factory Sentul Point

Hidangan Thai Westplate Factory Sentul Point

Apa yang boleh Bro katakan, dari pembuka selera hingge ke pencuci mulut di sini pasti dapat memenuhi citarasa anda yang meminati hidangan dari Thailand ini.?

Semua hidangan menyentap rasa dan dimasak dengan pelbagai gaya dan adunan bahan yang berbeza.

(gambar)

Bermula dari pembuka selera, Som Tam atau kerabu betik muda, Thai Chicken Tosties yang dapat dikategori sebagai makanan ringan dimana cebisan roti disalut ayam cincang digoreng ke emasan dan dicicah bersama sos cili Thai yang pasti memberi kepuasan pada yang mencuba.

Tidak dilupai Aroy Spring Roll yang mana ada persamaan seperti Popia goreng namun berbeza dari segi penyediaan inti dn kuahnya. Disamping itu terdapat juga kerabu mangga dan Seafood Salad Glass Noodles yang pasti mengiurkan.

Tom Yam Westplate Factory Sentul Point

Bagi pecinta Tom Yam, terdapat 3 pilihan yang ditawarkan iaitu Tom Yam Merah, Tom Yam Jernih (Clear) atau yang paling unik Tom Yam Santan Kelapa.

Rasakan kenikmatan hidangan Tom Yum sup tradisional makanan laut mahupun Ayam yg dimasak bersama cendawan, bawang, serai dan beberapa campuran bahan rumusan lain yang pasti memberi kepuasan pada semua.

Jika ke sini, Bro sarankan anda mencuba Tom Yam ini terutamanya Tom Yam Santan Kelapa.

Pandan Fried Chicken Westplate Factory Sentul Point
Pandan Fried Chicken di Westplate Factory Sentul Point

Selain itu, terdapat pelbagai pilihan makanan berasaskan Ayam, Daging, Ikan Siakap, Makanan Laut dan Sayur-sayuran dimasak secara ala-carte disini.

Contoh pilihan Ayam seperti Pandan Fried Chicken, Lemongrass Fried Chicken, Chicken Masala Ala Thai, Chili Chicken dan Basil Chicken disediakan disini.

Pilihan Daging seperti Basil Beef, Ginger Beef, Oyster Sauce Beef, Black papper Beef.

Makanan lautnya pula adalah Basil Seafood, Petai Prawn, Seafood Tempura dan Padprik yang pasti menambat dan memenuhi citarasa pemakan.

Khas buat penggemar kari, 3 pilihan yang tersedia pasti menambat hati anda. Green Curry, Yellow Curry dan Red Curry disediakan mengikut pilihan pelanggan samaada menggunakan Ayam, Ikan mahupun Seafood (makanan laut).

Hidangan Siakap Westplate Factory Sentul Point

Ikan Siakap kukus atau lebih dikenali Steam Fish Chili Lime pasti membuat semua terliur dengan hanya melihat cara ia dihidangkan.

Deep Fried Siakap Thai Style juga merupakan salah satu menu yang sangat diminati di Westplate Factory Sentul Point ini.

hidangan streetfood Thai Westplate Factory Sentul Point

Jika anda gemar hidangan streetfood Thai, terokai keenakan menu local Thai di Westplate seperti Pad Thai Noodle, Fried Thai Bihun, Pataya Fried Rice mahupun Pineapple Fried Rice yg disaji menggunakan sampan nenas yang unik.

Pencuci mulut di Westplate Factory juga boleh dikatakan jarang ditemui, dimana disini kita boleh mendapatkan pulut mangga yg disaji bersama aiskrim.

Tidak dilupakan Luk Chup sejenis kuih yang disediakan menggunakan kacang hijau dan dibentuk menerupai buah-buahan pasti membuatkan anda teruja.

Owner Westplate Factory Sentul Point

Tiada kata-kata yang dapat diungkap melainkan anda datang mencuba sendiri dimana rasanya benar-benar asli seperti makan di Bangkok, Thailand.

Dengan harga yang sangat berpatutan dan kualiti makanan yang dijaga rapi, pasti memberi kepuasan pada anda semua yang makan disini. ??

Westplate Factory Sentul Point
AG-01, Ground Level, Puncak Sentul 8, Jalan Sentul Pasar, Sentul 51000 Kuala Lumpur

Waktu Operasi : Setiap hari (11 pagi sehingga 11 malam).

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *