September 25, 2023

GEEK SLATE Juara 2023 PMPL MY Spring & Wakili Malaysia Di PMSL SEA

Geek Champion

GEEK SLATE mendominasi kejohanan 2023 PMPL MY Spring musim ini dan memperoleh kedudukan teratas, dengan DBD dan RVWD mengekori rapat di tempat kedua dan ketiga.

Prestasi GEEK SLATE sememangnya cemerlang, dan penguasaan konsisten mereka sepanjang liga itu membolehkan mereka mendapat tempat sebagai wakil Malaysia dalam kejohanan PUBG MOBILE SUPER LEAGUE SOUTHEAST ASIA (PMSL SEA).

GEEK SLATE telah mencipta rekod baharu dengan menjadi pasukan pertama memenangi PMPL Country League sebanyak tiga kali.

Sebagai tambahan kepada kemenangan terbaharu mereka pada 2023 PMPL MY Spring, pasukan itu juga telah muncul sebagai pemenang pada 2022 PMPL MY/SG/PH Fall dan PMPL MYSG Musim Ke-4 dibawah nama GEEK FAM.

Konsistensi dan penguasaan GEEK SLATE dalam persada esport PUBG MOBILE di Malaysia telah memberikan mereka reputasi sebagai salah satu pasukan teratas negara.

2023 PMPL MY Spring telah berlangsung selama dua minggu, dari 15 hingga 26 Februari 2023. Kejohanan ini menyaksikan beberapa perlawanan mendebarkan antara pasukan-pasukan PUBG MOBILE terhebat di Malaysia.

GEEK SLATE memperoleh tempat teratas berturut-turut sepanjang liga 2 minggu. Dengan persembahan mereka yang konsisten, mereka memenangi acara itu dengan 349 mata selepas memperoleh 190 mata pada Minggu 1 dan 159 mata pada Minggu 2.

Don’t Break Dreams (DBD), dengan peningkatan luar biasa mereka dari musim lepas, berjaya memberikan GEEK SLATE saingan yang baik dan mendapat tempat kedua.

Pasukan yang paling mengejutkan, pasukan RAV3NWOOD (RVWD), pasukan amatur pertama yang berjaya mendapatkan Top 3 dalam liga professional PUBG MOBILE, berjaya melepasi jangkaan netizen dan membuktikan kehebatan mereka.

Season MVP 2023 PMPL MY Spring

DamGOOD dari pasukan GEEK SLATE telah beraksi dengan cemerlang sepanjang liga, menjadikan beliau penerima anugerah Season MVP bagi 2023 PMPL MY Spring.

Beliau bejaya mendapatkan 81 mata penyingkiran, 16,874 mata damage, 24 bantuan (assists) dan sumbangan kepada pasukan GEEK SLATE di 2023 PMPL MY Spring.

Ini adalah Season MVP beliau yang ke-3 dimana sebelum ini beliau menerima anugerah Season MVP untuk PUBG Mobile Pro League 2022 – MYSGPH Fall dan anugerah Grand Final MVP untuk PUBG Mobile Pro League – MYSG Musim 4.

Anugerah Individu 2023 PMPL MY Spring

Anugerah individu turut disampaikan oleh pihak Tencent Games kepada para pemain yang cemerlang dalam kategori masing-masing.

GEEK DamGOOD memenangi anugerah Gunslinger untuk elimination terbanyak, manakala GNX Ivan menerima anugerah Master Grenade untuk pembunuhan bom tangan terbanyak. YALL Syamil menerima anugerah Field Medic untuk revives terbanyak, dan RVWD Kenny memenangi anugerah Eagle Eye untuk elimination terjauh.

GEEK DamGOOD juga memenangi anugerah Survivor kerana kekal hidup paling lama sepanjang liga.

Dengan kemenangan GEEK SLATE dalam PMPL MY Spring 2023, mereka akan mewakili Malaysia di PUBG MOBILE SUPER LEAGUE SOUTHEAST ASIA (PMSL SEA).

PMSL SEA baru-baru ini telah dinaik taraf daripada Kejohanan PMPL SEA dan akan menyaksikan beberapa pasukan terbaik dari Asia Tenggara bersaing antara satu sama lain dalam format baharu. Musim pertama PMSL SEA akan bermula pada Mac 2023.

Selain GEEK SLATE, D’Xavier dari Vietnam, BOOM Esports dari Indonesia dan HAIL Esports dari Thailand juga telah melayakkan diri ke PMSL SEA dengan memenangi 2023 PMPL Spring untuk negara masing-masing.

2023 PMPL MY Spring merupakan satu kejayaan besar, dengan beberapa perlawanan yang mendebarkan dan persembahan cemerlang daripada beberapa pasukan PUBG MOBILE terbaik di Malaysia. Kejayaan acara ini adalah bukti populariti PUBG MOBILE yang semakin meningkat di rantau ini dan dedikasi pemain dan pasukan yang berusaha untuk menjadi yang terbaik.

PUBG MOBILE Pro League (PMPL) dibawakan oleh PUBG MOBILE dan dianjurkan oleh VSPO.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “GEEK SLATE Juara 2023 PMPL MY Spring & Wakili Malaysia Di PMSL SEA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *