March 20, 2025

vivo V27e dengan Potret Cahaya Aura Baharu pada Harga RM1,299

Pelacaran vivo V27e Malaysia

vivo memperkenalkan vivo V27e dengan keupayaan kamera yang berkuasa dilengkapi dengan Kamera Ultra-Sensing OIS 64MP, ciri Potret Cahaya Aura, reka bentuk warna yang menarik dan genggaman ultra nipis.

vivo V27e ialah telefon yang ringan dan bergaya yang menggabungkan fungsi dengan gaya untuk pengguna yang mencari pengalaman fotografi menyeluruh yang lebih baik.

Kamera Ultra-Sensing OIS 64MP di belakang telefon dengan ciri Potret Cahaya Aura meningkatkan kualiti gambar potret dengan menyepadukan fotografi optik dan fotografi pengkomputeran untuk menghasilkan gambar yang lebih menonjol.

Penstabil Imej Hibrid (OIS + EIS) membolehkan pengguna mengambil video dengan butiran yang terang dan jelas dalam persekitaran yang bercahaya malap.

Ciri Potret Cahaya Aura pada vivo V27e

Ciri Potret Cahaya Aura vivo V27e

Menggabungkan fungsi dengan kamera pintar dan cemerlang, ciri Potret Cahaya Aura menghasilkan gambar potret malam semula jadi, dengan menggunakan kamera utama belakang ultra-sensing, kesan pencahayaan lembut peringkat studio dan keupayaan gambar potret dipertingkat.

Cahaya Aura dan Mod Potret berfungsi seiring untuk membantu kamera menerangi wajah bagi menangkap gambar potret hebat pada waktu malam dan membantu pengguna merakam kenangan indah.

Kamera Ultra-Sensing OIS 64MP di belakang vivo V27e menawarkan pendedahan yang lebih lama dan meningkatkan pengambilan cahaya sebanyak enam kali ganda, menghasilkan tangkapan yang lebih stabil, meningkatkan kualiti dan kadar kejayaan menangkap gambar dalam suasana cahaya malap.

Kamera hadapan 32MP mengambil swafoto yang lebih jelas dengan butiran yang lebih kaya untuk gambar seperti poster.

Vlog Menggunakan vivo V27e

Ciri Vlog Movie Creator menawarkan pengalaman penciptaan video sehenti baharu. Ia menyediakan 26 templat dengan efek video yang kaya untuk membantu pengguna merakam objek, orang atau landskap, bersama-sama dengan panduan masa nyata untuk gerakan kamera.

Vlog Movie Creator juga membolehkan pengguna mengedit video dengan cekap menggunakan peluncur masa terbina di dalamnya, membolehkan pengguna memotong dan memadamkan segmen video yang berlebihan dengan mudah.

Untuk memadankan gaya seperti vlogger profesional, ia turut disertakan dengan pengoptimuman potret untuk meningkatkan tekstur kulit, fokus, pencahayaan dan penstabilan, untuk memastikan subjek dalam video kelihatan terbaik.

Harga vivo V27e Malaysia

Hadir dengan 2 pilihan warna, yakni Ungu Lavender (Lavender Purple) dan Hitam Glory (Glory Black).

vivo V27e kini boleh didapati pada harga RM1,299 di Lazada & Shopee.

Mulai 4 Mac 2023 dan seterusnya selama sebulan, pelanggan yang membeli vivo V27e akan menerima hadiah percuma bernilai RM666, termasuk tag pintar bernilai RM69, pembesar suara Bluetooth bernilai RM99, jaminan lanjutan 1 tahun dan perlindungan skrin 1 tahun.

Untuk maklumat lanjut tentang vivo V27e, sila layari laman web rasmi vivo Malaysia.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *