October 12, 2024

Kelab Bola Sepak KL City FC Kini Rasmi Milik Rinani

KL City FC Rinani

Rinani Group Berhad kini sah memperoleh pegangan majoriti dalam Kuala Lumpur City FC Sdn Bhd (“KLFC”), selaku pemilik kelab bola sepak KL City FC (“KLCFC”).

Rinani Group Berhad, sebuah firma perunding kewangan telah menandatangani perjanjian penjualan saham (“SSA”) dengan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (“KLFA”) sekaligus menjadi pemilik Kuala Lumpur City FC (KLCFC) secara rasmi.

“Melalui SSA ini secara rasmi menjadikan Rinani sebagai pemilik majoriti KLFC. Kami berjanji untuk membawa prestasi KLCFC di atas padang ke tahap yang lebih tinggi dengan menumpukan perhatian kepada kejurulatihan, pengambilan pemain dan pembangunan remaja dan kami menjanjikan peminat kami penglibatan dan pengalaman yang lebih baik untuk nilai wang mereka.

Selain permainan, kami juga akan memberi tumpuan untuk meningkatkan aliran pendapatan untuk KLFC agar ia dapat mampan dan terus mengekalkan kelab itu.” – Pengarah Rinani Azri Azerai

Pemerolehan kepentingan majoriti oleh Rinani di dalam KLFC juga adalah selaras dengan arahan daripada FIFA, badan induk antarabangsa bola sepak, dan Konfederasi Bola Sepak Asia, supaya pasukan bola sepak kendalian kerajaan dikendalikan secara profesional, dibiayai secara persendirian dan dimiliki secara bebas.

Penswastaan kelab adalah demi kepentingan semua pihak yang terlibat dalam sukan bolasepak profesional, termasuk pemain, penyokong, penaja dan vendor yang berkait rapat dengan kelab selama ini.

Penswastaan pasukan bola sepak yang dikendalikan kerajaan adalah penting untuk perkembangan selanjutnya permainan kerana ini akan memastikan kelab mempunyai akses kepada kepakaran dan pengetahuan yang boleh disediakan oleh sektor swasta.

Ia juga penting bagi sektor swasta mengendalikan kelab bola sepak secara profesional dengan tadbir urus yang baik kerana ini akan membantu dalam memastikan daya maju kewangan untuk pembangunan belia dan pengambilan pemain.

Semoga dengan penswastaan ini akan mendatangkan kejayaan kepada bukan sahaja KLCFC dan Rinani Group tetapi juga KLFA itu sendiri".

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *