Panasonic Malaysia melancarkan kempen “Panasonic Rakan Bersih Ceria” dengan tujuan meningkatkan kesedaran tentang kebersihan di kalangan murid sekolah rendah.
Kempen ini bertujuan memperbaiki standard kebersihan tandas sekolah, sejajar dengan seruan kerajaan untuk menyediakan persekitaran yang bersih dan selesa kepada pelajar serta guru.
Panasonic juga komited untuk meningkatkan kesejahteraan holistik dengan menerapkan tabiat kebersihan sejak usia muda, selaras dengan visinya “Create Today. Enrich Tomorrow.”
Majlis pelancaran kempen “Panasonic Rakan Bersih Ceria” disempurnakan oleh Encik Keisuke Nishida, Pengarah Urusan Panasonic Malaysia di Sekolah Kebangsaan Sentul 2, Kuala Lumpur.
Inisiatif Pemasangan Bidet Manual di Tandas Sekolah
Sebagai langkah inovatif, Panasonic memasang bidet manual di tandas sekolah, menggunakan teknologi Konsep Bidet AR15 dengan fungsi anti-bakteria Ag+ yang mampu membasmi sehingga 99% bakteria pada tempat duduk.
Langkah ini membantu mewujudkan tandas yang lebih bersih, selesa, dan selamat untuk kegunaan pelajar.
Ia sejajar dengan seruan kerajaan untuk menyediakan persekitaran yang selamat, bersih dan selesa kepada pelajar dan
guru menerusi langkah menaik taraf aspek penyelenggaraan kemudahan di sekolah.
Kempen “Panasonic Rakan Bersih Ceria” melibatkan penyertaan sejumlah 25 sekolah rendah di seluruh Lembah Klang.
Dengan piawaian kesihatan yang baik sebagai asas kepada kebersihan tandas dan persekitaran yang lebih sihat serta bersih untuk semua, Panasonic turut mengadakan bengkel bermaklumat dan menarik bagi mendidik pelajar tentang kepentingan kebersihan serta amalan penggunaan tandas yang baik.
Bengkel ini dibentuk berlandaskan aktiviti yang menarik bagi memastikan pelajar membuat persediaan rapi untuk menjalani kehidupan di luar bilik darjah, seterusnya membentuk mereka ke arah mengamalkan gaya hidup bersih.
Panasonic juga mengedarkan bahan pembelajaran, termasuk poster yang menekankan aspek mesra alam serta amalan kebersihan dan keselesaan tandas dengan tumpuan khusus pada penggunaan bidet.
Dengan fokus pada kebersihan tandas dan amalan gaya hidup sihat, kempen ini bukan sahaja membantu mengurangkan penularan penyakit tetapi juga membentuk masa depan yang lebih bersih dan sihat untuk semua rakyat Malaysia.
Untuk maklumat lanjut tentang bidet yang digunakan dalam inisiatif ini, sila layari DL-AR15D Bidet – Panasonic Malaysia dan DL-AR15R Bidet – Panasonic Malaysia.
Bidet boleh dibeli dalam talian melalui Hygienic EzyClean DL-AR15DWM – D-Shape (panasonic.com) dan Hygienic EzyClean DL-AR15RWM – Round Shape (panasonic.com).