October 8, 2024

Imbau Memori Kenangan Nostalgia Bersama “MIAOWMORI IKONIK”

Pelancaran Miaowmori Ikonik

Jom mengimbau memori nostalgia zaman kanak-kanak bersama Miaow Miaow, jenama snek tempatan kegemaran Malaysia melalui kempen “MIAOWMORI IKONIK”.

Kempen “MIAOWMORI IKONIK” telah dilancarkan oleh Encik Jason Ch’ng, Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Miaow Miaow di Mydin Subang Jaya dan turut diadakan roadsow menarik yang bermula dari hari ini hingga 5 Mac 2023.

Melalui kempen ini, dapat membuat anda mengimbau memori nostalgia zaman kanak-kanak dengan lima perisa klasik dari Miaow Miaow, iaitu Keropok Perisa Sotong, Keropok Perisa Ayam, Keropok Udang, Keropok Ubi dan Snek Kekacang Hijau.

Selain pelancaran kempen “MIAOWMORI IKONIK”, Miaow Miaow turut mengambil peluang ini untuk memperkenalkan video terbaharu mereka berjudul “MIAOWMORI IKONIK”.

Ia memaparkan evolusi watak utamanya dan bagaimana Miaow Miaow telah menemani dia dan rakan-rakannya di sepanjang zaman kanak-kanak mereka serta berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakan bermain dan bergembira bersama-sama.

Snek Miaow Miaow
Antara pilihan snek paling laris yang diketengahkan pada acara itu ialah:

  • Keropok Udang Miaow Miaow – Dibuat dengan udang dan disimpan pada suhu rendah bagi mengekalkan kesegarannya, snek ini dipanggang dengan teliti bagi memastikan rasa udangnya yang asli dapat dinikmati sepenuhnya.
  • Keropok Ubi Miaow Miaow – Kaya dengan rasa kentang bagi memenuhi keinginan anda dan memberikan anda pengalaman yang menggembirakan.
  • Snek Kekacang Hijau Miaow Miaow – Jika anda menggemari kacang pea, anda pasti menyukai snek ini! Kacang hijau ini dibentuk unik untuk dinikmati oleh anda dan keluarga anda.
  • Keropok Perisa Ayam Miaow Miaow – Rasa klasik zaman kanak-kanak yang membolehkan anda mengimbau dan mencipta memori indah bersama-sama keluarga. Diperkayakan dengan rasa ayam dalam setiap gigitan.
  • Keropok Perisa Sotong Miaow Miaow – Snek berperisa sotong yang pasti membuatkan anda tidak mahu berhenti mengunyah.

Miaow Miaow telah melangkah jauh berbanding ketika ia mula ditubuhkan pada 1989, dan kini ia boleh didapati di hampir 40 negara di seluruh dunia, dengan Saudi Arabia dan China menjadi salah satu daripada pasaran terbesar mereka.

Berpegang teguh kepada matlamat terasnya, iaitu memperkayakan kehidupan pengguna dengan rasa yang menggembirakan dan membolehkan mereka mengimbau memori nostalgia zaman kanak-kanak mereka dahulu.

Menerusi segala yang dilakukan, Miaow Miaow yakin boleh memperkayakan kehidupan masyarakat dengan menawar pelbagai jenis snek enak dan berkualiti yang sesuai untuk pelbagai gaya hidup serta budaya berbeza.

Di samping itu, ia turut menggalakkan pengguna untuk mencari kebahagiaan menerusi pembelajaran, pertumbuhan dan pencapaian yang berterusan.

Perihal Miaow Miaow

Kenangan Bersama Miaow Miaow

Miaow Miaow (disebut ‘meou meou’) sinonim dengan makna perkataan ‘Mengagumkan’ dalam Mandarin, adalah jenama snek tempatan Malaysia yang diasaskan dalam komuniti berbilang kaum di Malaysia.

Miaow Miaow mula ditubuhkan di Batu Pahat sebagai sebuah perniagaan pengagihan keluarga, ia pakar dalam penghasilan, pembekalan, dan pengeksportan pelbagai snek, dijual pada harga yang berpatutan kepada semua peringkat usia dengan pelbagai gaya hidup dan budaya yang berbeza di seluruh dunia.

Dikenali kerana sneknya yang enak dan gebu, Miaow Miaow mula menceburi perniagaan pengilangan makanan snek pada 1989 di Batu Pahat, Johor.

Dalam tempoh beberapa dekad yang lalu, perniagaannya telah berkembang pesat, bukan sahaja di Malaysia tetapi kehadirannya juga terus berkembang di hampir 40 negara di seluruh dunia.

Selain daripada Mydin, snek Miaow Miaow boleh dibeli di pasar raya utama dan kedai runcit seperti Aeon, Aeon Big, TF Value, The Stores, Econsave dan lain-lain.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *