May 20, 2024

Rasai Pengalaman Luar Biasa di Samsung Galaxy Space @ APW Bangsar

Samsung Galaxy Space

Samsung Galaxy Space kini dibuka kepada orang ramai dari 3 Mac, 7 malam hingga 12 Mac, 10 malam & pihak Samsung Malaysia Electronics berbesar hati menjemput anda datang ke APW Bangsar untuk merasai pengalaman yang luar biasa ini.

Selami empat ruang yang mengasyikkan – The Alley, The Ballie, The Escape dan Splash Art yang ditawarkan di sini.

Dengan menggunakan Samsung Galaxy S23 Ultra, anda boleh merakam foto baller, keluarkan sisi suka bermain anda, meneroka pemandangan malam yang paling hebat dan biarkan kreativiti anda berkembang pesat.

Inside Samsung Galaxy Space

Samsung Galaxy Space OOTD

Cantik tak port bergambar yang ada di sini?

Anda jangan risau, di Samsung Galaxy Space anda boleh menggunakan Samsung Galaxy S23 Ultra yang disediakan untuk anda bergambar sepuasnya di sini.

Bila lagi nak mengasah bakat anda bergambar / berOOTD dan biarkan kamera Galaxy S23 Ultra ini membuka potensi penuh anda.

Samsung Galaxy Space Device Loan Counter

Jangan lupa untuk pamerkan kreativiti anda bermain dengan skill fotografi dengan berkongsi gaya unik dan kongsi detik epik anda menggunakan hashtag #GalaxyS23 #ShareTheEpic #Send2MeLah #GalaxySpaceAPW.

Cantik gambar Bro berOOTD di sini?

Tak rugi Bro datang ke Samsung Galaxy Space di APW Bangsar untuk mencari peluang bergambar dan merakam memori indah bersama Samsung Galaxy S23 Ultra.

Datang sorang? Tiada masalah. Anda boleh meminta staf yang bertugas untuk mengambil gambar untuk anda.

Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti diadakan disini sepanjang acara ini berlangsung. Dari booth jualan hingga ke sesi workshop boleh anda sertai.

Pengunjung yang hadir berpeluang untuk redeem RM20 Touch ‘n Go eWallet sewaktu mendaftar di sini.

Samsung Galaxy Space @ APW Bangsar : 3 – 12 March 2023

A Place Where – APW,
29, Jalan Riong, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur

12PM – 10PM (Jumaat – Ahad)
2PM – 10PM (Isnin – Khamis)

Sertai Giveaway Galaxy S23 Ultra bersama #TeamGalaxy

Untuk lebih keterujaan, Samsung bekerjasama dengan beberapa ahli #TeamGalaxy untuk giveaway!

Jadi follow mereka dengan rapat di Instagram dan TikTok untuk mengetahui cara anda boleh mencipta kandungan epik di Galaxy Space dan memenangi hadiah yang menakjubkan, termasuk Galaxy S23 Ultra.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *