32 bot dan 320 kelasi menyertai Raja Muda Selangor International Regatta 2022 tahun ini anjuran Negeri Selangor yang telah berlangsung dari 18 hingga 26 November 2022.
Acara ini melibatkan Royal Selangor Yacht Club, Pelabuhan Klang, Puteri Bayu Beach Resort, Pulau Pangkor, Straits Quay Marina, Pulau Pinang dan Royal Langkawi Yacht Club, Pulau Langkawi.
Pelancaran Raja Muda Selangor International Regatta 2022 telah disempurnakan oleh Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin, Raja Muda Selangor yang berlangsung di Kelab Kapal Layar Diraja Selangor di Pelabuhan Klang.
Raja Muda Selangor International Regatta ke-32 tahun ini telah bermula secara rasmi pada 19 November jam 4.00
petang, memandangkan Pilihan Raya Umum ke-15 Malaysia yang jatuh pada hari yang sama. Ini adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia untuk keluar mengundi sebelum acara tersebut.
Kerajaan Negeri Selangor menganjurkan acara ini bagi merangsang aktiviti pelayaran dan acara sukan yang membangunkan persaingan yang sihat. Ini berfungsi sebagai forum untuk peserta antarabangsa mempromosikan budaya, kesenian, dan warisan sambil meningkatkan sektor pelancongan negeri.
Penganjuran Raja Muda Selangor International Regatta akan dimeriahkan dengan beberapa aktiviti seperti program pembersihan sungai dan Program FAM Trip bersama peserta yang berminat.
Ini adalah bagi memacu ke arah pelancongan warisan tempatan dan bertujuan untuk memperkenalkan peserta-peserta ini dengan gastronomi Klang, khususnya makanan warisan Selangor seperti "Nasi Ambeng".
Penganjuran Sukan Pelayaran, seperti Raja Muda Selangor International Regatta, akan menjadikan Selangor sebagai Hab Pelancongan Sukan, serta menarik sejumlah besar pelancong asing dan mempamerkan Selangor sebagai destinasi sukan pelayaran yang berwibawa.
Ini selaras dengan Kempen Splendid Selangor, Take Me Anywhere yang menjurus ke arah meletakkan Selangor di mata dunia.