May 19, 2024

Minuman Coolblog Berperisa Red Velvet Cheese Pada Harga RM11.90

Coolblog Red Velvet Cheese

Sempena musim perayaan kali ini, Coolblog melancarkan siri Red Velvet Cheese yang menampilkan dua perisa terbaharu iaitu Red Velvet Cheese dan Red Velvet Choco Cheese!

Peminat red velvet kini berpeluang menikmati keenakan kek kegemaran mereka dalam bentuk smoothie di cawangan Coolblog di seluruh negara mulai 25 November.

Bro juga tidak ketinggalan untuk merasai sendiri minuman smoothie Red Velvet Cheese dari Coolblog ini.

Sebagai jenama dan perintis bagi perniagaan pencuci mulut dan minuman Halal berasaskan kios di Malaysia, Coolblog percaya bahawa kenikmatan pasti dapat diperolehi daripada pilihan minuman mereka yang terbaik dari segi rasa, kepelbagaian, dan nilai.

Bagi meraikan musim cuti penghujung tahun 2022, Coolblog menawarkan siri Red Velvet Cheese yang diilhamkan oleh perayaan Krismas untuk menceriakan lagi suasana hujung tahun yang sangat dinanti-nantikan.

Red Velvet Cheese Coolblog

Minuman berperisa kek red velvet ini dilengkapi bersama cheese mousse yang turut disertakan dengan taburan serbuk biskut red velvet.

Bagi rakyat Malaysia yang menggemari perisa asli kek red velvet, minuman Red Velvet Cheese merupakan pilihan sesuai kerana keseimbangan perisa kek dan cheese mousse yang menggamit selera.

Bagi pengemar coklat, Red Velvet Choco Cheese adalah pilihan terbaik untuk anda kerana smoothie ini
adalah gabungan antara perisa red velvet dan coklat Coolblog yang istimewa – adunan perisa yang pasti menambat rasa penggemar coklat!

Dengan adanya penutup khas yang senang dibuka, para pelanggan dapat menikmati keenakan taburan biskut red velvet yang melengkapi siri smoothie ini dengan lebih mudah.

Setiap minuman berharga RM11.90.

Minuman ini juga dilengkapi dengan stopper berbentuk hati – dimana ia boleh dijadikan sebagai hadiah yang sempurna untuk orang tersayang!

coolblog gingerbread

Bukan itu sahaja, anda juga boleh menambah biskut gingerbread boy atau girl yang berharga RM5.50 sekeping untuk dinikmati bersama.

Biskut gingerbread ini boleh didapati di cawangan Coolblog terpilih sepanjang kempen Red Velvet Cheese dan ia dapat dijadikan sebagai pelengkap siri minuman ini.

Untuk maklumat lanjut tentang Coolblog dan promosi mereka, anda boleh layari laman web: https://www.coolblog.com.my/

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “Minuman Coolblog Berperisa Red Velvet Cheese Pada Harga RM11.90

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *