Bro baru-baru ini dijemput ke INTI International University & Colleges, Subang Jaya untuk menikmati makan malam BBQ bertemakan Australia anjuran pelajar School of Hospitality (SOHOS) di sini.
The Australian BBQ Night 2014 ini merupakan salah satu platform pembelajaran mereka dalam penyediaan hidangan Australia yang sedap.
Setiap tetamu yang hadir dikenakan bayaran sebanyak RM55 seorang dan makan malam ini diadakan dalam bentuk buffet.
Apa yang Bro nampak, memang meriah.
Bukan sahaja pelajar malah orang luar juga datang untuk menjayakannya. Good Job..!!!
Ini merupakan salah satu tugasan sebagai pelajar tahun akhir di SOHOS dimana mereka perlu menganjurkan event seperti ini.
Antara menu yang utama yang dihidangkan adalah Aussie Burgers
Burger kambing ala Australia dengan topping cheese, nenas dan beet-root (jangan tanya Bro apa ini), Aussie Tilapia dan Lamingtons. Semua hidangan ini diinspirasikan dari hidangan Australia.
Ada juga Steak,
Malangnya Bro tak sempat nak merasainya. Ramai sangat yang beratur he..23x Tetapi ianya bukan steak kanggaru tau.
Sambil menikmati hidangan,
Kami semua disajikan dengan persembahan oleh pelajar INTI International University & Colleges bertemakan Austarlia juga. Bagi ada feel macam kami berada disana.
Apa yang Bro boleh katakan,
Dari segi service agak memuaskan dan selesa. Cuma terpaksa beratur lama untuk menunggu makanan siap dimasak. Mungkin tang ini boleh diperbaiki sekiranya ia melibatkan pelanggan yang ramai dan kurang hidangan sampingan sambil menunggu menu utama siap.
Selfie kejab dengan puan isteri,
Alamak, salah pakai jersi. Terpakai jersi Jerman. Sepatutnya pakai jersi Australia.
INTI International University & Colleges
Buat masa kini,
INTI menjalinkan kerjasama dengan beberapa Institusi Pengurusan Hospitaliti (Hospitality Management School) yang terkenal di Asia Pasifik dan Australia – Blue Mountains International Hotel Management School.
Ianya dalam menghasilkan pelajar yang berkelayakan yang boleh membantu meningkatkan kualiti dan permintaan dalam industri perlancongan dan hospitaliti sama ada dalam atau luar negara.
Program Hospitaliti disini mendapat sijil dan pengiktirafan oleh Malaysian Association of Hotels Training and Education Centre (MAHTEC). Dan INTI merupakan institusi pendidikan swasta yang berkerjasama dengan MAHTEC.
Untuk maklumat lanjut mengenai Program Hospitaliti di INTI, anda boleh hubungi 03-5623 2800/ 04-631 0138 atau layari laman web : www.newinti.edu.my
jagung tu nampak seksi untuk dimakan. hoho..
pergh bertemakan Australia tu..mesti sedap-sedap kan
tahun ni belom sempat berbuka ala western. kne try jgk ni
Nampak makanan yang menggiurkan ohhh!
Kenangan manis dahulu dapat merasa daging Kangaroo ketika berada di Adelaide, Australia.
apa rasa daging kangaroo bro?
Sesekali makan macam ni maybe best kan…
uish.. aku blom publish lg citer bbq ni.. nak songlap gambar bro la..