Vivo melancarkan Vivo V7+, telefon pintar terkini mereka di Malaysia pada harga RM1,499.
Telefon pintar siri V terbaru ini yang direka bagi memenuhi keperluan golongan muda hari ini, V7+ telah dipertingkatkan dari aspek selfie dengan dilengkapi kamera depan 24MP, flash LED serta Paparan FullView.
V7+ dilengkapi Qualcomm octa-core CPU dan 4GB RAM bagi menjamin pengalaman pengguna yang lancar dan sempurna. Berdasarkan tradisi vivo yang mementingkan kualiti audio, V7+ telah dipertingkatkan lagi dengan cip audio AK4376A Hi-Fi bagi menjaminkan pengalaman muzik yang luar biasa.
Kamera depan 24MP serta algoritma fotografi pintar memberi nafas baharu kepada selfie yang sempurna dengan menghasilkan gambar yang lebih jelas dan semula jadi.
Ia juga turut menyokong sistem nyahkunci imbasan wajah Face Access (Fungsi sama seperti yang diperkenalkan pada iPhone terkini).
Di samping itu, fungsi Funtouch 3.2 OS-nya dilengkapi ciri-ciri mesra pengguna seperti Smart Split 3.0 dan Face Access, sekaligus menjadikan V7+ teman yang sempurna dalam kehidupan harian pengguna.
V7+ dilengkapi Paparan FullView TM 18:9 yang mengagumkan pada skrin bersaiz 5.99 inci dan menawarkan peningkatan bahagian paparan visual sebanyak 12.5%, berbanding dengan skrin 16:6 tradisional.
Tambahan pula, pengguna dapat menikmati pengalaman gaming yang lebih mengujakan, dengan 84.4% nisbah skrin kepada bahagian badan serta bezel senipis 2.15mm yang akan meningkatkan pengalaman visual pengguna.
Janna Nick Duta Vivo V7+
Pada majlis pelancaran Vivo V7+, pihak Vivo Malaysia memperkenalkan Duta bagi Vivo V7+ yakni Janna Nick.
Dengan nama yang semakin meningkat naik, penglibatan Janna Nick sebagai duta dilihat dapat memperluaskan lagi pengenalan produk terbaru Vivo itu kepada pembeli di Malaysia.
“Dengan adanya Paparan FullView TM serta kamera depan 24MP, vivo V7+ dapat memenuhi keperluan saya ini. Bukan sahaja V7+ dapat menangkap detik-detik bermakna dan selfie saya, malahan saya juga dapat melihat semua gambar tertangkap pada skrin yang menarik,” – Janna Nick, Duta Vivo V7+.
V7+ bakal dijual bermula pada 29 September 2017 dalam warna Crown Gold dan Matte Black pada harga RM1,499 di kedai-kedai konsep vivo, kedai-kedai rakan vivo serta pasaran e-dagang.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari www.vivo.com/my
Hati dah terpikat dgn V7+..
macam best je ni…
lawa gilaaa janna nick… bro belanja bro handphone ni satu hahaha
Belanja as hantaran kahwin kita boleh? tapi bro nak kawen dengan janna nick hahaha
Bagus jugak Vivo ni kan..sesuai gak ngan blogger..lagi sesuai buat hantaran kawen..palingg sesuai kalau bro yg hadiahkan…hahahhaa
Kalau bro hadiah, pastinya untuk bakal isteri bro…. berminat ke?
Hoooreyy! Vivo V7. dalam wishlist hahaha
haha this phone is really making its way! thanks for sharing
O ni event yg ada janna nick tu ek. Best2. Belanja seketol bos ?
Vivo antara telefon keluaran negara China yang reliable dan harga mampu milik. Saya belum pernah guna Vivo, tapi nampak cam menarik. Sekarang pakai Xiaomi je.. Huhu
fuyyooo , kamera depan 24mp , kerlass gitu .. kaki2 selfie yang teragak – agak nak tukar fon baru boleh la try vivo terbaru ni
Takyah beli ip dah. Vivo pun cukup
Eh janna nick lah duta baru dorang, hampir tak kenal hahaha. Kyan masih setia dengan ios huhu, tapi baca atas tu cam best je, bukan boleh baca review mesti mula tergoda ishhhh
Serius ah telefon vivo dia punya camera memang cun gila. Dah pernah try guna kawan punya sekali. Cantik gila
boleh tahan kamera. harga pon okay. tak mcm iphone. haha
Semakin confuse sekarang nak pilih yang mana sebab semua brand menampilkan spesifikasi yang terbaik dan harga yang nie memang murah.
Buat masa ni saaya guna vivo V5 je … blm upgrade hihi… nampak cantik yg terbaharu ni…
Wife dan anak sulong aku pakai Vivo, tapi bukan spesies vivo v7 la .. tak mampu nak pakai smartphone rega atas Rm1K ni .
Tapi Vivo memang best, anak aku katala sbb dia yang pakai. Tu yang wife tukar smartphone lama yang dah retak skrin tu dengan Vivo.
lagi mahal dari laptop dah sekarang nih.. gilerlah..
Dah lama xbeli laptop, berapa harga laptop sekarang ek?