Asia Metropolitan University berjaya membuat pendidikan British yang berkualiti menjadi lebih relevan dan berpatutan buat pelajar di Malaysia melalui kerjasama dengan Institut Pengurusan Komersial (ICM) United Kingdom.
Ianya selaras dengan misi kerajaan untuk meningkatkan jumlah pekerja berpengetahuan kepada 35% menjelang tahun 2020.
Oleh itu AIMSMET Executive Education Sdn Bhd telah merangka sebuah program yang unik dalam pengurusan komersil melalui pembelajaran sepanjang hayat dan latihan praktikal untuk para penuntut.
Secara tidak langsung, ia menjadi mercu tanda kerjasama pertama ASEAN untuk ekonomi digital di antara AIMSMET, Malaysia dan Institut Pengurusan Komersial (ICM) United Kingdom.
Melalui kerjasama ini, ianya mampu merapatkan jurang dan mempercepatkan proses menghasilkan pekerja berpengetahuan melalui sektor swasta.
“Malaysia sedang berusaha ke arah menghasilkan lebih ramai pekerja berpengetahuan seiring dengan kewujudan ekonomi digital.” – Abu Bakar Koyakutty, Pengarah Kanan, Bahagian Akses Pasaran dan Kerjasama Antarabangsa MATRADE.
AIMSMET bercita-cita tinggi untuk merevolusikan pemikiran akademik dengan memperkenalkan pendidikan kehidupan sebenar bagi memastikan tiada kepincangan untuk ekonomi digital.
“Program ICM (UK) kami bukan program akademik. Ia menekankan keperluan industri,” – Prof. Dato’ Dr. Jayles Yeoh, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Pendidikan Eksekutif AIMSMET.
Sijil, diploma dan program diploma lanjutan, membolehkan pemegang SPM yang merupakan pekerja berpengalaman meningkatkan taraf kelayakan pendidikan untuk memajukan kerjaya mereka.
Ia terdiri daripada latihan industri tiga hari dalam seminggu di syarikat terpilih di Malaysia, dan dua hari pelajaran kelas di kampus universiti.
Industry Sponsorship Programme
Syarat kelayakan:
- SPM 2 kredit
- Pekerja yang ditaja oleh syarikat
- Syarikat, komuniti dan NGO industri sektor yang bukan korporat di Malaysia.
Antara program yang ditawarkan adalah:
- Business Management
- Hospitality Management
- Commercial Management
- Retail Management
- Sales Management & Marketing
Durasi kelas:
- Sijil: 12 bulan
- Diploma: 12 bulan
- Diploma Lanjutan: 12 bulan
Lokasi: Asia Metropolitan University, Malaysia The Institute of Commercial Management (ICM), UK.
Penyerahan surat anugerah kepada 4 dari 25 pelajar kelulusan HRDF (dari kiri): Muhammad Danial Bin Munir, Muhammad Shuhaib Bin Munir, Nur Hazwani Binti Abdul Rauf dan Nur Muzdalifah Binti Bahri.
Bagi kumpulan perintis, seramai 25 orang pelajar dipilih oleh 10 rakan industri kepada universiti yang turut menjadi penaja.
Rakan industri tersebut adalah Only World Group Holdings, Gintell (M) Sdn Bhd, Marrybrown, Metro Optical Group, Minori Japanese Restaurant, Malaysia International Exhibitors Association, Pecol Engineering, AIA Malaysia, Starbucks Coffee Malaysia dan AIMSMET Executive Education.
Wah..syarat kelayakan sgt rendah ?..memang bagus utk mana2 yg result tak betapa ok..SPM teruk x bermakna masa depan gelap..yg penting kena berusaha utk masa depan! Chaiyok2
SPM rendah tapi kena ada pengalaman kerja + majikan sendiri akan taja pengajian mereka.
Bestnya universiti ni…kalau la aaya ada rezeki lebih nak gak tambah ilmu dan cert sini
Ikutkan nak juga, malangnya ketika ini kita xkerja.. dok rumah jaga anak je…
dengan syarat yang tidak terlalu ketat.Mudah la mana mana lepasan memohon..
Wah bagus ni. Syarat kelayakan yang rendah. Semoga ramai dapat menghasilkan lebih ramai graduan lagi selepas ini.
nampak syarat macam senang tapi kena ditaja oleh syarikat pulak huhuhu
well it shows that even if you didn’t do well in SPM, there is still a chance to change and do better in university. that’s really good.
Eh ada eh yg offer syarat rendah mcm ni…bagus ni .bagi peluang pasa yang x kerja sbb result x bagus..diorang bleh belajar semula..
Wa,kiranya SPM tak cemerlang pun masih ada chance wei
Bagusnya…tempoh pun pendek ja kan…
Tak cemerlang dalam SPM xsemestihya tak boleh berjaya dlm hidup kan
Kerjasama ekonomi emang perlu sih sebagai bangsa. Apalagi bidang hospitality. Bisa jadi sangat bermanfaat besar hhe.
assalamualaikum bro…wah !! bagusnya…tempohnya pendek jer…
bagus juga ni :)
Baguslah program ni. Lagi-lagi bila ada program sponsorship. Jadi takdelah nembebankan student yang tak mampu nk biaya sendiri untuk sambung belajar
Peluang belajar sekarang ni memang banyak. Tapi kena pandai pilih yang terbaik dan gunakan saluran dana yang betul utk sponsor. I’m planning to further my study too. tapi kena tengok komitmen jugak
Menarik ni. Teringin nak further study. Tapi… tunggu anak-anak besar sikit dulu lah.
Moga peluang sebegini akan dimanfaatkan oleh seluruh rakyat agar dapat pendidikan bermutu tinggi.