January 26, 2025

vivo Perkenalkan NEX 3, Peranti 5G Pertama Di Malaysia Pada Harga RM3,899

vivo NEX 3 Peranti 5G Pertama Di Malaysia
vivo telah memperkenalkan peranti terbaharunya iaitu NEX 3 di Malaysia menjadikan ia peranti 5G pertama ditawarkan di Malaysia pada harga RM3,899.

Dikuasakan dengan Qualcomm Snapdragon 855 Plus dan memori kilat berkelajuan tinggi UFS 3.0, NEX 3 menyediakan prestasi pengkomputeran terataas dan keupayaan berbilang tugas yang lancar.

Ia menggabungkan inovasi terbaharu Vivo lalu menetap semula standard peranti utama untuk para pengguna yang inginkan pengalaman mudah alih premium yang luar biasa.

Kapasiti bateri (4500mAh) membolehkan pengguna menggunakan peranti seharian tanpa risau, dan sokongan pengecasan pantas Vivo FlashCharge 22.5W dan teknologi penjimatan kuasa C-DRX memastikan peranti kekal berkuasa.

Vapor Chamber Cooling System pula bertugas untuk mengekalkan suhu peranti walaupun dengan penggunaan berat. NEX 3 disediakan dengan storan dalamn 256GB.

Paparan Waterfall FullView™ Display

Paparan POLED Waterfall FullView™ Display

Paparan POLED Waterfall FullView™ Display menyediakan skrin yang luas dan melengkung yang kelihatan anggun.

Ditambah baik daripada rekaan sebelumnya iaitu FullView™ Display, NEX 3 mempunyai skrin dwi-lengkung dan reka bentuk yang hampir tiada bingkai yang mampu menyediakan pengalaman visual yang terbaik.

Paparan 6.89 inci tanpa takuk dan lubang ini mempunyai nisbah skrin-ke-badan sebanyak 99.6%, dengan pengalaman visual yang menajubkan setiap kali mengangkat telefon mereka

Selain itu, paparan cahaya ambien untuk pelbagai senario pada skrin dwi-lengkung peranti ini tampil dengan kebolehan mengecam irama muzik yang boleh meningkatkan lagi pengalaman audiovisual para pengguna. Pertunjukan cahaya boleh dilihat apabila pengguna memainkan muzik atau menerima panggilan.

Lunar Ring Camera System – Gabungan Tiga Kamera

Nex 3 Lunar Ring Camera System

Pada bahagian belakang peranti NEX 3 terletaknya gabungan tiga kamera dalam satu panel bulat, menciptakan Lunar Ring Camera System.

NEX 3 dilengkapi dengan kamera utama 64MP, kamera sudut lebar 13MP, dan kamera teleskopik 13MP yang dilengkapi dengan keupayaan mengambil gambar dari segi wide-angle, telescopic dan macro. Sistem kamera ini amat mudah untuk digunakan dan dapat menghasilkan gambar definisi tinggi yang mampu menonjolkan lagi keindahan dan kejelasan sesuatu gambar.

Pengguna juga boleh mencantikkan lagi gambar potret menggunakan salah satu ciri-ciri NEX 3 iaitu Portrait Master’s Hyper yang menyediakan HDR sehingga ke 7.65eV.

Ia berfungsi untuk meningkatkan ketepatan jarak dinamik antara muka pengguna dan latar belakang untuk memastikan titik fokus jelas kelihatan menentang cahaya latar.

Kamera Hadapan NEX 3

Dengan kamera depan 16MP jenis pop-naik, NEX 3 tetap membawa gayanya yang tersendiri.

Paparan sempurna FullView™ Display memastikan pengamalan swafoto yang unik. Sistem yang direka khas untuk kamera jenis pop-naik juga memastikan operasi kamera yang stabil.

NEX 3 dalam pilihan warna Glowing Night boleh didapati di Malaysia mulai hari ini dengan harga RM3,899.

Untuk maklumat lanjut, and aboleh layari www.vivo.com/my.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *