February 11, 2025

Awas! Tiket Palsu Perlawanan Separuh Akhir Piala Malaysia ~ Kedah lwn Pahang

Tiket Palsu Piala Malaysia
Awas! Anda mungkin terbeli tiket palsu untuk perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia, Kedah menentang Pahang di Stadium Darul Aman, malam ini.

Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) akan memperketatkan pemeriksaan di semua pintu masuk Stadium Darul Aman selepas pihaknya mengesan satu sindiket penjualan tiket palsu untuk perlawanan malam ini.

Pihak KFA mengesyaki wujudnya sindiket penjualan tiket palsu berdasarkan beberapa ciri yang berlainan yang ada pada tiket palsu berbanding tiket asli yang dikeluarkan oleh Tickethotline.

Tiket palsu yang dikesan adalah tiket kawasan terbuka yang berharga RM15 di mana tiket kawasan berkenaan sudah habis dijual sejak tengah hari semalam.

Terdapat perbezaan antara dua tiket ini adalah seperti nombor siri, kualiti kertas, kualiti cetakan, ciri-ciri keselamatan hologram, dan ciri-ciri terlindung yang hanya boleh diamati melalui penelitian rapi.

Sila pastikan tiket anda bukannya tiket palsu dengan meneliti :-

  • Tiga ciri utama tiket asli adalah terdapat logo Liga Bolasepak Malaysia (MFL) di bahagian belakang tiket, cetakan di atas tiket yang berkualiti dengan cetakan karbon dan logo yang digunakan juga logo terkini berbanding tiket palsu yang masih menggunakan logo unifi untuk Liga Super dan Piala Malaysia.
  • Warna tiket asli kelihatan lebih putih berbanding tiket palsu yang agak kebiru-biruan dengan saiz nombor siri juga kelihatan berbeza.
  • Selain itu logo MFL dapat dilihat pada bahgaian belakang tiket asli berbanding tiket palsu yang tidak memaparkan logo berkenaan.

Sebagai langkah kawalan dan keselamatan, pihak KFA menyeru penyokong untuk memastikan tiket yang mereka perolehi adalah asli berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan sebelum melangkah masuk ke stadium malam ini.

Pihak KFA berhak menghalang mana-mana penyokong untuk masuk ke stadium jika didapati memiliki tiket palsu dan jika anda memiliki tiket palsu sila buat laporan polis bagi membanteras sindiket penipuan ini.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

One thought on “Awas! Tiket Palsu Perlawanan Separuh Akhir Piala Malaysia ~ Kedah lwn Pahang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *