December 6, 2024

Tanjak @ Tengkolok Pakaian Adat Busana Melayu Yang Perlu Dimartabatkan

Tanjak Pakaian Adat Busana Melayu
Tanjak @ Tengkolok kini kembali sebagai trend masyarakat masakini.

Jika sebelum ini, tengkolok lebih banyak dipakai dalam majlis-majlis yang penuh adat istiadat, misalnya oleh kerabat diraja dan para hadirin dalam majlis istiadat diraja, dan oleh pengantin lelaki ketika majlis perkahwinan.

Cuma raya tahun ini, ianya kembali diketengahkan sebagai fesyen berbaju raya.

Bro salah seorang yang mengayakannya di hari raya (walaupun dalam kes Bro, pinjam adik ipar punya semata-mata untuk bergambar).

Baru-baru ini, viral di laman sosial mengenai kes pelakon, pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad yang dikecam susulan tindakannya mencampak tanjak dipakainya pada siaran langsung sebuah pertandingan lawak.

Mungkin dia sendiri tak sedar, bahawa Tanjak @ Tengkolok itu diibaratkan sebagai mahkota, bukan topi tepi jalan yang boleh disamakan dengan benda lain.

Jika zaman Kesultanan Melayu Melaka, ia menjadi kewajipan kepada rakyat jelata untuk menutup kepala atau mengikat rambut panjang supaya kelihatan kemas apabila apabila menghadap raja.

Cara lipatan, bentuk solek, jenis & corak kain yang berlainan berkait rapat dengan taraf sosial pemakainya ketika itu.

Dalam kes Nabil, tindakan beliau yang sengaja mencampak tanjak ke lantai membawa erti menjatuhkan maruah keseluruhan bangsa Melayu kerana tanjak adalah pemakaian paling teratas dalam adat Melayu.

Kecaman diberikan oleh netizen yang beranggapan tindakan yang telah beliau lakukan adalah terlalu biadab dan sepatutnya dia harus tahu dan faham adab pemakaian busana tersebut.

Bagaimanapun, Nabil mengakui kesilapan yang tidak disengajakan dilakukan secara spontan.

Nota Kaki : Adat budaya dan pusaka warisan bangsa perlu dijaga, jikalau tidak kita siapa lagi yang akan memartabatkannya.

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *