Sesuatu yang melegakan bila kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun hingga 31 Ogos ini bagi menggantikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Kali ini,
Lebih banyak kelonggaran diberikan kepada rakyat untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian di samping mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) secara berterusan.
Mulai 10 Jun, perjalanan rentas negeri akan dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan atau PKPD.
Jika korang ingin menziarahi ibu bapa tinggal berjauhan di negeri lain, bolehlah berbuat demikian selepas 10 Jun ini.
Bagaimanapun, korang sentiasa menjaga kebersihan diri, pakai pelitup muka apabila berada di tempat awam dan elakkan tempat yang sesak semasa pulang ke kampung sepanjang PKPP nanti.
Sekolah pula akan dibuka secara berperingkat dalam tempoh PKPP ini selepas mendapat nasihat daripada Kementerian Kesihatan.
Bagi menunaikan solat berjemaah dan Jumaat di masjid pula, hanya tertakluk kepada warganegara Malaysia sahaja dan warga asing tidak dibenarkan menyertainya.
Buat masa ini, kerajaan masih melarang pembukaan kelab malam, pusat hiburan, pusat refleksologi dan pusat karaoke. Begitu juga operasi taman tema, serta aktiviti yang membabitkan kehadiran orang ramai.
Nota Kaki : Sekiranya berlaku peningkatan mendadak kes positif Covid-19 dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperkatatkan (PKPD) di kawasan yang terlibat.
Harap ramai yang akan mengikut penjarakkan sosial dan memakai mask..