August 16, 2020

Korang Dah Baca Majalah Ujang & Apo? Edisi Bumper Puasa & Raya 2020?

Majalah Ujang Apo Bumper Puasa Raya 2020
Selamat Hari Raya 2.0 buat semua pembaca blog Bro.

Korang dah baca ke belum Majalah Ujang & Apo? Edisi Bumper Puasa & Raya 2020?

Jika belum, ada baiknya korang dapatkan Nostalgia Bumper Raya ini yang pasti menggamit kenangan korang satu ketika dulu. Mana idaknya, 20 tahun kot mereka menceriakan zaman korang membesar.

Menariknya, Bumper kali ini hadir dengan lebih dari 100 muka surat karya terbaru kartunis Ujang & Apo? Manakala selebihnya adalah kompilasi dua majalah iaitu UJANG & APO? terdahulu.

Sampul Duit Raya Bekazon

Bro beli waktu bulan puasa tempoh hari melalui Shopee – Bekazon Official. Korang boleh usha kot-kot ada Majalah Ujang & Apo? yang berkenan di hati korang.

Macam Bro, disebabkan ada promosi + diskaun, maka Bro rembat 4 majalah sekaligus. Memang kaw-kaw jimatnya. Siap dapat sampul duit raya PERCUMA tanpa duit raya didalamnya (dasar scammer).

Ada total 8 sampul PERCUMA dari 8 kartunis dengan kartun sketsa raya.

Antara Majalah Ujang & Apo? yang Bro beli

  • Bumper New-Stalgia Puasa & Raya 2020 | Edisi Karya Terbaharu Dan Lama Majalah Ujang & Apo?
  • Bumper Nostalgia Merdeka | Edisi Karya Terbaik Majalah Ujang (Isu 110-113) & Apo? (Isu 11-14) Tahun 1999
  • Bumper New-Stalgia | Edisi Terkini Kartunis Majalah Ujang / Apo? Tahun 2019 + Karya Terpilih Tahun 1999
  • Bumper Nostalgia Raya | Edisi Karya Terbaik Majalah Ujang & Apo? Dari Tahun 1999 – 2002

Kalau korang nak beli, korang boleh beli secara online di Shopee – Bekazon Official.

Nota Kaki : Untuk pembelian di Shopee korang jangan lupa redeem voucher code dengan masukkan code 6620YF4J3 (xpasti valid sampai bila). Cara redeem mudah je, lepas korang masuk aplikasi Shopee, tekan ‘Me’, kemudian ‘My Vouchers’.

Moga Majalah Ujang & Apo? Bumper New-Stalgia Puasa & Raya 2020 ini memberi sinar pada korang di bulan Syawal yang mulia ini.

Salam Syawal dan maaf zahir dan batin.

***************

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *