March 19, 2024

iflix Perkenal Saluran Leklu Kepada Semua Pelanggan Secara Percuma

Saluran Leklu iflix
iflix, servis hiburan nombor satu Asia Tenggara, telah mengumumkan saluran baharu yang di kenali sebagai saluran Leklu yang akan menawarkan pelbagai koleksi filem terbitan Metrowealth International Group (MIG) buat semua pelanggan secara PERCUMA.

Saluran Leklu merupakan sebuah platform yang sesuai buat seluruh isi keluarga di mana seleksi kandungan yang ditawarkan meliputi kandungan filem-filem terbitan Metrowealth International Group (MIG) merangkumi genre komedi, aksi, romantik dan seram.

Peminat – peminat filem bergenre aksi komedi pula, boleh menikmati filem Adnan Sempit, Adnan Sempit 3, Bro Nampak Motor Gua juga filem komedi Ustaz dan banyak lagi di saluran Leklu.

Tidak ketinggalan, peminat filem bergenre seram juga boleh menonton lakonan pelakon kegemaran mereka dalam filem Jangan Pandang Belakang, Jangan Pandang Belakang Congkak, yang pernah menjadi salah satu filem box-office di Malaysia.

Selain itu, saluran Leklu di iflix turut menawarkan filem bergenre romantik komedi seperti Isteri Untuk Dijual, lakonan Nora Danish dan Kamal Adli serta macam-macam lagi filem yang menarik dan boleh ditonton secara percuma.

Tonton Ombak Rindu The Series di iflix

Ombak Rindu The Series merupakan drama iflix yang sedang hangat diperkatakan! Drama siri ini
menampilkan pelakon seperti Remy Ishak,Izara Aishah,Diana Danielle,Hanna Aqeela, Fahrin Ahmad dan Uqasha Senrose.

Dari penerbit filem Sangkar,Ombak Rindu The Series menceritakan kisah cinta agung, Hariz (Remy Ishak) dan Izzah (Izara Aishah) yang sehingga kini amat sempurna.

Tetapi kebahagiaan mereka diancam dengan kembalinya sebuah rahsia silam.

Iklan : Saksikan siri filem dan siri TV terbaru : Ombak Rindu The Series secara eksklusif di platform iflix tanpa perlu login dan signup sekarang secara PERCUMA!

Khas buat Peminat Komik, Anime & Gamers! iflix tayang rancangan realiti bersiri No.1 di Asia Berkonsepkan Cosplay.

Cosplay Heroes iflix PosterCosplay Heroes adalah sebuah program berbentuk pertandingan Cosplay pertama di Asia yang menampilkan pelakon dan model terkenal Zahirah MacWilson sebagai pengacara rancangan tersebut.

Menawarkan wang tunai RM10,000 sebagai hadiah utama.

Peserta-peserta Cosplay Malaysia dikehendaki melaksanakan beberapa tugas-tugas untuk menghasilkan pakaian yang agak rumit dan mengikut watak yang telah dipilih.

Pada setiap episod, para peserta akan berhadapan dengan panel hakim untuk penilaian pemarkahan ataupun penalti yang dikenakan.

Bagi menentukan nasib para peserta Cosplay, Yugana dan Abudora yang juga merupakan penggiat cosplay professional di Malaysia diberi kepercayan untuk menggalas tugas sebagai pengadil.

Yugana akan lebih menumpukan kepakarannya terhadap kreativiti dan keperibadian, manakala, Abudora (seorang lulusan seni bina) akan menilai setiap pakaian dari perspektif teknikal dan praktikal.

Tonton Cosplay Heroes SEKARANG di iflix.

Pelanggan iflix juga boleh menyemak lebih banyak program menarik yang ada di iflix seperti Tonton Dari TV3, K-flix dan iflix Originals sepanjang tahun secara PERCUMA!

Aplikasi iflix boleh dimuat turun secara percuma menerusi Google Play Store dan Apple Store. Ketahui lebih lanjut mengenai iflix dan seleksi programnya, di https://blog.iflix.com

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *