Berita baik buat peminat McD!
Sebagai sebahagian daripada kempen ‘Discover the World, McD Malaysia akan menampilkan menu khas dari seluruh dunia dalam beberapa bulan akan datang.
Untuk permulaan, McDonald’s Malaysia akan memperkenalkan menu dengan citarasa Jepun seperti Samurai Burger, Shogun Burger dan Green Tea McFlurry yang kini boleh anda dapati bermula 28 Mei 2020.
Korang mesti terindu-rindu dengan kelazatan dua burger istimewa Jepun lima tahun yang lalu, betul tak? Lebih-lebih lagi Samurai Burger yang kali terakhir dihidangkan pada tahun 2015.
Adakah kehadiran Samurai Burger dapat mengubati kerinduan korang selama 5 tahun ini?
Pasti korang ada kenangan tersendiri mengenai Samurai Burger yang boleh korang kongsikan diruangan komen. Kongsikan kenangan 5 tahun anda dahulu bersama Samurai Burger.
Burger Samurai dan Burger Shogun Kini Kembali di McDonald’s
McDonald’s Malaysia kini mengubati rindu korang dengan membawa kembali Samurai Burger dan Shogun Burger yang merupakan salah satu menu yang sangat dinantikan oleh rakyat Malaysia selama ini.
Untuk pengetahuan korang,
Burger Samurai dan Burger Shogun disediakan bersama pilihan daging ayam atau daging lembu dengan menampilkan sos teriyaki istimewa McDonald’s yang pastinya memberi keenakan yang sangat memuaskan hati.
“Kempen ‘Discover the World’ menjadi platform yang amat penting bagi membolehkan McDonald’s Malaysia menyediakan pelbagai menu berbeza kepada rakyat Malaysia dengan citarasa unik dari negara-negara terpilih di seluruh dunia.
Tahun ini, kami membawa kembali dengan citarasa Jepun yang lazat kepada rakyat kita dengan hidangan Burger Samurai dan Burger Shogun yang sangat disukai ramai,” – Melati Abdul Hai, Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia
Burger Samurai dihidangkan dengan daging lembu atau daging ayam empuk (2-2 pun sedap) yang dicelup ke dalam sos teriyaki enak, dilapisi dengan sos McChicken, salad segar, dan diapit dengan roti bijan yang dibakar sempurna.
Bagi korang yang gemarkan burger dengan telur, Burger Shogun didatangkan dengan telur goreng di atas patty daging lembu panggang yang dilapisi sos Teriyaki merupakan pilihan tepat untuk memenuhi selera korang.
Lagipun ia juga turut mendapat banyak maklum balas positif daripada rakyat Malaysia ketika itu.
Kalau nak order, korang jangan lupa dapatkan set Samurai Burger dan Shogun Burger yang dihidangkan bersama French Fries dan Coke. (Ambil set, baru berbaloi dan puas hati bila menikmatinya)
Bagi set sederhana Burger Samurai, ia boleh didapati dengan harga dari RM14.99 manakala Burger Shogun pula pada harga dari RM15.99 untuk set sederhana.
Bila lagi nak rasa Burger Samurai dan Burger Shogun kalau bukan dalam tempoh masa terhad ini. Entah-entah kena tunggu lagi 5 tahun, baru dapat merasa keenakkan ia semula.
Dalam tempoh waktu itu, korang terliur je dan menyesal tak rasai keenakkannya selepas 5 tahun ia kembali. Order sahaja menggunakan khidmat Foodpanda sekarang!
Green Tea McFlurry & Yuzu Cream Cheese Sebagai Pencuci Mulut
Sesetengah orang merasakan hidangan mereka tidak lengkap tanpa pencuci mulut yang enak.
Selain burger, McDonald’s Malaysia juga turut memperkenalkan semula Green Tea McFlurry – Kini korang boleh nikmati hidangan lembut vanila manis dan berkrim dengan teh hijau.
Tidak lupa juga Yuzu Cream Cheese baharu dengan kulit pai yang rangup dan inti enak berperisa sitrus turut disertakan dalam menu pencuci mulut terbaru tahun ini.
So dicadangkan korang untuk order set Samurai Burger atau Shogun Burger bersama dengan Green Tea McFlurry dan Yuzu Cream Cheese. Baru terasa Jepunnya.
Teringin nak makan Samurai Burger atau Shogun Burger, tapi malas nak keluar beli dekat McD. Korang boleh je guna khidmat food delivery dari Foodpanda, confirm puas hati.
Nota Kaki : Selain citarasa Jepun, McDonald’s Malaysia juga akan membawa pelanggan menikmati pelbagai burger edisi terhad dari negara-negara lain dalam tempoh beberapa bulan akan datang.
Adakah ia Spicy Korean Burger? Atau Portuguese Chicken Burger? Mungkin juga Rio Burger?
So, stay tune….!!!
***************
Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter