December 6, 2024

[Review] Pengalaman Menggunakan vivo V19 Yang Dijual Pada Harga RM1,699

Review vivo v19
Hari ini, Bro ingin berkongsi dengan pembaca mengenai pengalaman sepanjang menggunakan model terbaru dari vivo, yakni vivo V19.

Untuk pengetahuan korang, ianya telah dilancarkan di Malaysia pada April 2020 yang lalu.

Bulan Jun baru Bro berpeluang untuk merasai pengalaman menggunakan vivo V19 ini. Harga yang ditawarkan di pasaran, sekitar RM1,699 & korang boleh beli melalui LAZADA – Vivo Malaysia.

Untuk pengetahuan korang, vivo V19 hadir dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 712, memori 8GB RAM dengan storan dalaman 128GB.

IKLAN : Dapatkan 2 Telefon Pintar vivo V19 Pada Satu Harga Dengan Maxis Zerolution

vivo v19 Maxis Zerolution

Maxis kini telah mengadakan promosi membolehkan korang memiliki dua (2) telefon pintar vivo V19 pada satu harga.

Korang hanya perlu melanggan Maxis Postpaid Share pada talian prinsipal dan menambah talian tambahan yang baru dengan MaxisONE Plan 158 yang hadir dengan pelan 50GB data Internet pada harga langanan RM158 sebulan.

Selain itu, maxis juga akan menawarkan perlindungan telefon selama 3 bulan percuma untuk pengguna.

Paparan Hadapan vivo V19

vivo V19 hadir dengan skrinnya berukuran 6.44-inci dengan paparan FHD+ Super AMOLED serra menyokong paparan HDR.

Rekaan skrin yang digunakan adalah dwi-lubang untuk memuatkan dua lensa kamera swafoto (32+8 Megapixel). Bagi Bro, kedudukan kamera hadapannya agak menganggu ketika bermain PUBG, kerana ada beberapa button betul-betul terletak pada lensa kameranya yang menyukarkan untuk Bro menekannya kecuali diputarkan skrin untuk menekannya.

Selain itu, skrinnya turut dipasang dengan pengimbas cap jari pada ruang bahagian bawah skrinnya. Ia boleh disesuaikan mengikut citarasa anda sendiri.

Dari segi pemprosesan dalaman, vivo V19 akan hadir dengan cip pemproses Qualcomm Snapdragon 712. Walaupun cip yang digunakan sedikit ketinggalan, ia sedikit pun tidak mengecewakan Bro sepenjang digunakan.

Mungkin disebebkan oleh memori sebesar 8GB, yang banyak membantu.

Kamera Belakang vivo V19

Beralih kepada kamera, Vivo V19 memiliki tetapan quad-kamera pada bahagian belakangnya dengan susunan-L sama seperti yang terdapat pada vivo V17.

Kamera utamanya menggunakan empat lensa 48MP lensa utama, 8MP lensa sudut ultra lebar, 2MP lensa makro dan 2MP lensa bokeh.

vivo V19 merupakan peranti kelas pertengahan premium buat golongan remaja dengan gaya hidup serba moden.

Maka model ini disertakan dengan kedua-dua sensor belakang dan swafoto menyokong mod malam Super Night dan video Ultra Stable menjadikan ia peranti yang menarik buat golongan sasaran.

Bateri yang disertakan pada Vivo V19 adalah yang berkapasiti 4,500mAh dengan pengecasan pantas FlashCharge 2.0 33W menggunakan USB-C.

Ia mampu mengecas pantas hingga 54% dalam tempoh setengah jam. Tapi sepanjang Bro guna, ia lebih laju dari itu. Mungkin sebab Bro mengecas sekitar bateri hanya tinggal 5-10%.

vivo V19 juga memberikan pengalaman ‘gaming’ yang terbaik dengan ciri Multi-Turbo 3.0 untuk mengoptimumkan kawalan sentuhan dan kestabilan FPS, serta Mod Ultra Game dengan fungsi seperti ‘Fast Screen Capture’, ‘Screen Recording’ dan ‘Game Vibration’.

vivo v19 camera

Ini juga adalah peranti Vivo pertama di Malaysia yang menjalankan sistem operasi Funtouch OS 10 berasaskan Android 10. Ia turut menyokong dua kad sim nano serta kad mikroSD.

Vivo V19 hadir dengan dua pilihan warna iaitu Gleam Black dan Sleek Silver.

Berminat? Korang boleh dapatkan vivo V19 di LAZADA – Vivo Malaysia pada harga RM1,699.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

2 thoughts on “[Review] Pengalaman Menggunakan vivo V19 Yang Dijual Pada Harga RM1,699

  1. Wowwww jimat banyak gile guna plan Maxis tu ek , siap dapat 2 hp dalam 1 herga…wowww…macam nak srh anak le …tapi takut memasing taknak guna Vivo ni adeiii…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *