May 13, 2024

vivo V19 Dengan Dwi-Kamera Hadapan Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM1,699

vivo v19 camera
Telefon pintar dengan dwi-kamera hadapan, Vivo V19 dilancarkan di Malaysia pada harga RM1699.

Selain menampilkan dwi-kamera di bahagian depan 32MP + 8MP kamera Super Wide-Angle dan reka bentuk skrin super AMOLED FHD+ Ultra O, vivo V19 juga menawarkan kemampuan swafoto luar biasa.

Kamera hadapan vivo V19 ini juga menyokong swafoto sudut lebar sehingga 105 darjah, digabungkan dengan algoritma AI yang mampu membetulkan sudut lebar antara latar depan dan latar belakang untuk gambar yang menarik.

Kamera hadapan turut dilengkapi dengan Ultra Stable Selfie Video untuk mempertingkatkan tahap kestabilan apabila video diambil dalam sudut lebar.

Selain tu, vivo V19 ini mempunyai Kuad Kamera AI di belakang dengan kamera utama 48MP, kamera super wide-angle 8MP, kamera makro 2MP dan kamera bokeh 2MP.

vivo V19 juga dilengkapi teknologi canggih dalam reka bentuk peranti mewah untuk menghasilkan pengalaman mudah alih yang inovatif.

Hadir dengan bateri berkapasiti 4500mAh, ia juga sokongan pengecasan pantas FlashCharge 2.0 33W membolehkan pengecasan dari 0 ke 54 peratus dalam masa 30 minit sekali gus memudahkan pengguna yang bergerak pantas.

Dikuasakan dengan cip Qualcomm Snapdragon 712, vivo V19 mempunyai antara muka yang pantas dan prestasi pengkomputeran teratas.

Untuk menyokong penggunaan tenaga yang tinggi untuk kemampuan kamera AI, vivo V19 dibina dengan penyejukan cecair tiub tembaga yang menjaminkan jangka hayat CPU lebih lama.

Peranti ini juga dilengkapi dengan 8GB RAM + 128GB ROM yang membolehkan pengguna menyimpan apa sahaja yang diperlukan.

vivo V19 juga memberikan pengalaman ‘gaming’ yang terbaik dengan ciri Multi-Turbo 3.0 untuk mengoptimumkan kawalan sentuhan dan kestabilan FPS, serta Mod Ultra Game dengan fungsi seperti ‘Fast Screen Capture’, ‘Screen Recording’ dan ‘Game Vibration’.

Ia didatangkan dalam dua pilihan warna iaitu Gleam Black dan Sleek Silver.

Di Malaysia, Vivo V19 ditawarkan pada harga RM1699.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

3 thoughts on “vivo V19 Dengan Dwi-Kamera Hadapan Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM1,699

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *