April 29, 2024

Drama ‘Kisah Tok Kadi’ di Astro Warna, Lucu Tapi Penuh Dengan Pengajaran

Kisah Tok Kadi Astro Warna

Baru-baru ini, Bro tertonton drama Kisah Tok Kadi yang bersiaran pada hari Isnin dan Selasa jam 9 malam di saluran Astro Warna.

Drama ini diarahkan oleh Seri Jaes dan terbitan produksi Think Plate mengisahkan tentang seorang tok kadi yang bernama Ustaz Shahrul menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan dalam menjalankan tugasnya sebagai seorang juru nikah.

Menariknya, dia merupakan tok kadi paling muda & popular di kalangan pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga.

Namun, dirinya masih belum berkahwin.

Menampilkan pelakon berbakat besar dari Malaysia, Beto Kusyairy serta pelakon dari Singapura Norsiah Ramly, Fazlyna Aziz, Sufian Ahmad, Lydia Asyiqin, Junaidah Ekhsan, Siti Khalijah, Junaidi Sali, Zamair Ibrahim dan Faisal Ishak.

Memang tak kering gusi bila menonton drama ini.

Dalam masa yang sama teringat momen-momen waktu kena akad nikah dedulu… Terasa macam nak nikah lagi.

Iman Sazali Tok Kadi Nikah Broframestone

Ok,

Bro up gambar waktu Bro nikah dulu….

Juru nikah Bro waktu dulu pun muda lagi. Lupa nak tanya dia dah kahwin ke belum, but banyak membantu Bro waktu nikah dulu.

Rasanya, dia muda lagi dari Bro dah jadi juru nikah.

Kisah Tok Kadi di Astro Warna

Berbalik pada drama Kisah Tok Kadi, ianya di siarkan di Singapura pada tahun 2016.

Tak pasti kenapa sekarang baru nak keluar dekat Astro Warna sedangkan cerita ini mendapat sambutan mengalakkan dari warga Singapura. Lebih-lebih lagi, bila ramai memuji gaya lakonan Beto Kusyairy.

Barisan pelakonnya juga tidak mengecewakan, dimana masing-masing membawa watak dengan jayanya & setiap watak sentiasa berkembang mengikut jalan cerita.

Bagaimanapun, ianya bukan drama cinta dengan pengisian kosong.

Banyak ilmu agama dan ilmu rumah tangga diterapkan dalam setiap episod yang mampu memberi impak kepada penonton, bukan sahaja kepada bakal pengantin, bahkan kepada keluarga mahupun mereka yang ingin bermenantu, bermertua etc.

Korang boleh tonton drama Kisah Tok Kadi secara online di ;-

  • Episod 1 – Sepasang mempelai ingin memulakan majlis akad nikah pada hampir masuk waktu. Shahrul bersetuju untuk menikahkan mereka sejam lebih awal. Namun pada hari pernikahan, pasangan pengantin membuat pelbagai muslihat supaya kadi dapat menyempurnakan pernikahan mereka pada waktu asal yang dinginkan mereka. Apakah jalan tengah yang diambil supaya semua persiapan berjalan lancar ?
  • Episod 2 – Saat pernikahan adalah antara paling manis dalam kehidupan seseorang. Namun apakah makna sesebuah perkahwinan jika tiada restu ibu bapa. Pengantin perempuan disuruh meminta cerai daripada suami seteleh pernikahannya dijalankan untuk memenuhi permintaan ibu yang inginkan calon lain. Berjayakah Shahrul membuat si ibu berubah fikiran ?
  • Episod 3 – Pengantin lelaki yang bekerja di sebuah syarikat membekalkan maskot harus memenuhi permintaan pengantin perempuan yang inginkan sebuah kelainan dalam majlisnya. Lantas, pengantin lelaki membuat kejutan dengan memakai pakaian angkasawan and sekaligus ingin menyuruh jurunikah menggayakannya juga. Dapatkan Shahrul menepis permintaan itu ?
  • Episod 4 – Shahrul mendapat sepucuk surat layang yang menggesanya supaya tidak meneruskan majlis sebuah majlis pernikahan. Aduan dibuat terhadap pengantin perempuan yang dikatakan terlalu muda untuk jalani pernikahan. Setujukah Shahrul meneruskan pernikahan tersebut ?
  • Episod 5 – Seorang ayah menyembunyikan status seorang anak luar nikah untuk menutup malu. Pada hari pernikahan, adik pada pengantin perempuan disangka akan melahirkan anak dalam kandungannya. Kekecohan berlaki apabila pernikahan dibatalkan. Adakah si ayah akan memberitahu perkara sebenar tentang status anaknya itu.
  • Episod 6 – Sepasang mempelai membuat majlis pernikahan di tepi kolam renang. Ketika majlis akad nikah dilangsungkan, tetamu hotel mengganggu majlis tersebut. Ini menyebabkan pengantin lelaki naik berang dan menghalau tetamu tersebut. Kerana berasa tidak puas hati, tetamu tersebut berpura – pura lemas dalam kolam untuk membalas dendam.
  • Episod 7 – Fatimah ingin menikah semula dan dia tidak sabar-sabar untuk mendapatkan persetujuan anak perempuannya, Nina. Nina enggan tetapi hanya bersetuju dengan syarat bahawa ibunya membenarkannya merancang perkahwinan. Pada hari itu, Nina mensabotaj perkahwinan untuk menguji Hisyam, ayah tirinya masa depan. Adakah Hisyam akan kehilangan kesabarannya?
  • Episod 8 – Maria mahukan Shahrul kembali dalam hidupnya. Sementara itu, bekas kekasih Siti cemburu dengan hubungan rapatnya dengan Shahrul. Shahrul kini terkoyak antara Siti, Mai dan mungkin juga Maria. Dia meminta nasihat daripada Cikgu Rahmah dan dia menyuruhnya memutuskan sendiri. Siapa yang akan menjadi pilihan terakhir Shahrul.
Pelakon Drama Kisah Tok Kadi
Maria, Mai & Siti – 3 wanita yang hadir dalam hidup Ustaz Shahrul. Siapakah yang akan menjadi pilihan hatinya?

Kalau nak tonton di Astro Warna, agak lambat juga. Dah la cerita ini dah lama keluar, tapi hanya disiarkan pada hari Isnin & Selasa sahaja.

By the way, Kisah Tok Kadi dah masuk musim ke-2 (musim ke-3 Bro xperasan pula ada ke idak).

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

4 thoughts on “Drama ‘Kisah Tok Kadi’ di Astro Warna, Lucu Tapi Penuh Dengan Pengajaran

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *