July 7, 2020

Ramai Kenalan Hilang Kerja Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Looking For A Job
Selak facebook, tengok ramai kenalan Buang Kerja / Hilang Kerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Harap korang bertabah menghadapi dugaan ini & dapat teruskan kehidupan bersama insan tersayang.

Di USA lebih 33.5 juta orang telah dibuang kerja. Begitu juga di Malaysia. Setakat bulan Mac 2020, 15,000 orang pekerja di Malaysia sudah diberhentikan pekerjaan.

Kesan daripada COVID-19 sangat teruk. Hampir keseluruhan rantaian ekonomi terlibat. Tiada seorang pun yang selamat.

Peratusan pengangguran di Malaysia bakal meningkat kepada 13% pada tahun ini.

Jika tenaga kerja di malaysia mempunyai 15 juta orang, angka ini mewakili 2 juta orang! Malaysia tidak pernah mengalami kadar pengangguran setinggi begini sejak 30 tahun yang lepas.

Ketika harga minyak turun ke paras terendah bermula suku tahun 2014, jumlah pengangguran pada waktu tersebut hanyalah berlegar sekitar 40,000 sahaja untuk 3 tahun berturut-turut. Tahun 2020, lebih buruk!

Kadar pertumbuhan ekonomi juga sangat lemah pada 0.7% pada suku tahun pertama 2020. Jika dibandingkan pada suku tahun ke-4 2019, pertumbuhan ekonomi merosot sebanyak 2.9%. Jika keadaan berterusan untuk suku tahun kedua 2020 maka bolehlah kita anggap bahawa Malaysia telah mengalami kemelesetan ekonomi.

Teringat Pesanan Dari Ahmad Maslan Sebelum Ini

Ahmad Maslan Buat 2 Kerja

Apa yang kita boleh buat sekarang?

Buat masa ini, ada baiknya jika kita cari sumber pendapatan sampingan mahupun Kedua, kita tak boleh berharap pada 1 Sumber pendapatan saja.

Sumber pendapatan Kedua sekurang-kurangnya dapat membantu menyara kehidupan seharian kita.

Tiba-tiba teringat pada pesanan / kata-kata bekas Menteri kita, Ahmad Maslan yang menyarankan kita membuat dua perkerjaan.

Ambil masa untuk duduk dan muhasabah diri, cari titik tolak kekuatan dan juga kelemahan korang. Insya’lah korang boleh bangkit semula.

Rezeki Allah swt itu luas. Tak semestinya kena kerja dalam field yang sama, boleh je cuba benda yang baru. Tak semestinya kena makan gaji.

Cuma, itu la…

Harap korang tak kekok dan pandai kawal kewangan.

Yang benar,
Seorang yang dah masuk tahun ke-7 tak kerja, tapi tetap cari nafkah untuk keluarga.

***************

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Keluarga Bro Framestone Unicorn

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berapa projek yang dilobi sejak tahun lepas, dibatalkan. Pembayaran yang diterima dari projek terdahulu tak beberapa cantik.

Manakala projek mendatang, dikurangkan bajet. Itupun tak tahu bila ianya akan bermula.

Alternative lain, perlu dicari.

Buat masa ini, anak dan isteri menjadi kekuatan untuk teruskan kehidupan.

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *