November 4, 2024

2 Bulan Tak Jumpa Anak Kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)

Lama Tak Jumpa Anak
Dekat 2 bulan tak dapat berjumpa dengan anak kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diumumkan oleh kerajaan.

Tempoh hari,

Mereka balik kampung dekat Johor ikut pakcik mereka. Tak sempat nak ambil mereka balik, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah diumumkan.

Dah la Puan Isteri frontliner (maka jarang ada dekat rumah). Maka Bro sensorang je duduk dekat rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Tempoh hari, waktu kerajaan umumkan boleh rentas negeri. Terus pergi ke balai polis untuk mohon kebenaran bagi merentas negeri.

Akhirnya, dapat juga berjumpa dengan mereka berdua.

Kalau tak hari-hari dok video call sampai satu tahap, dorang berdua kedemaman… Rindu sangat la tue…

Harap Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan ditamatkan dalam masa terdekat. Dalam masa yang sama, kita berdoa agar Covid-19 berjaya dibendung dari terus tular.

***************

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *