October 26, 2020

Tonton Anime Fullmetal Alchemist Dari Episod Pertama Hingga Akhir

fullmetal alchemist
Selesai juga menonton anime Fullmetal Alchemist dekat Astro On Demand sepanjang Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) dilaksanakan.

Ianya antara manga yang Bro ikuti sejak dulu lagi, cuma tak berkesempatan untuk tonton animenya dari episod pertama hingga akhir.

Memang Bro guna waktu Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) untuk tonton anime ini dari mula hingga akhir, walaupun dah tahu jalan ceritanya macam mana.

Fullmetal Alchemist ini tentang apa ek?

Ok, bagi yang tak tahu, meh bro ceritakan serba sedikit tentang cerita Fullmetal Alchemist ini.

Fullmetal Alchemist mengisahkan tentang 2 beradik, yakni Edward and Alphonse Elric yang kematian ibunya akibat sakit. Mereka telah mempelajari ilmu alkimia (alchemy) – ilmu sains yang dipandang tinggi oleh masyarakat (dalam cerita itu).

Mereka berdua telah melanggar hukum alkimia dengan cuba menghidupkan ibu mereka. Malangnya, mereka gagal dan perbuatan mereka itu memakan diri mereka sendiri.

Edward kehilangan kaki manakala Alphonse kehilangan badannya.

Untuk menyelamatkan adiknya, Edward telah pertaruhkan tangannya dan beliau berjaya mendapatkan kembali roh adiknya dan dimasukan dalam baju perisai.

Beberapa tahun selepas itu,

Edward dilantik menjadi Ahli Kimia Kebangsaan (kiranya pangkat besar dalam kerajaan bagi ahli alkimia) sekaligus merangkap gelaran ‘Anjing Kerajaan’. Tapi semua ini hanyalah batu loncatan bagi Edward untuk mengorek rahsia mengenai batu Philosopher yang dipercayai merupakan kunci untuk mendapatkan badan mereka semula.

Ok, itu sahaja yang Bro leh ceritakan. Korang nak tahu… Korang kena tengok sendiri anime ini.

Fullmetal Alchemist (LIVE Action Movie – 2017)

Fullmetal Alchemist LIVE Action Movie

Ini LIVE Action Movie dorang pada tahun 2017 keluarnya.

Tapi dah masuk tahun 2020, Bro masih belum menontonnya. Tengok macam menarik, ada masa nanti nak try cari mana-mana yang tawarkan tontonan percuma untuk cerita ini.

Bro bukan kaki download tau.

Anyway, Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) duduk rumah, jangan gatal nak keluar pula.

***************

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

2 thoughts on “Tonton Anime Fullmetal Alchemist Dari Episod Pertama Hingga Akhir

  1. Your article is very good, I have read many articles but I am really impressed with your posts. Thank you, I will review this article. To know about me, try talking to me.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *