December 6, 2024

Filem One Piece: Stampede Ditayangkan Di Malaysia 19 Sept 2019

ONE PIECE - Stampede
One Piece: Stampede, salah satu filem yang amat dinantikan tahun ini oleh peminat One Piece seluruh dunia. Ia telah mula ditayangkan di Jepun pada 9 Ogos yang lalu.

Tayangan perdana, One Piece: Stampede berjaya mendapatkan 356,052 penonton sekaligus mencatat jumlah tontonan tertinggi di Jepun pada tahun ini.

Filem ke-14 ini dihasilkan sempena ulang tahun manga One Piece yang ke-20 tahun (Demn…!!! Tak sangka dari kecil Bro baca manga ini, sedar-sedar dah 20 tahun ianya berlalu).

Memang patut filem ini dinanti-nantikan oleh semua peminatnya. Adakah korang salah seorang peminat One Piece?

Tarikh tayangan filem ini di Malaysia pula adalah pada 19 September 2019.

Synopsis One Piece: Stampede


The movie takes place during the Pirates Expo, “made by pirates, for pirates”, where pirates all over the world, including some of its most infamous ones, join in for a big treasure hunt to find a lost treasure, this time the treasure belonged to none other than Gold Roger!

“Filem ini berkisarkan mengenai Expo Lanun, “made by pirates, for pirates”, dimana lanun-lanund ari seluruh dunia, termasuk lanun yang terkenal, menyertai pencarian hanta karun terbesar mencari harta yang hilang. Kali ini, harta yang dimaksudkan adalah milik Gold Roger!

Sedikit Spoiler Mengenai Filem One Piece: Stampede

Dari apa maklumat yang leak di Internet (perghhh…!!! Rajin aku mencarinya) One Piece: Stampede mengisahkan Festival Lanun yang dianjurkan oleh Buena Fiesta.

Menurut Eiichiro Oda (Pelukis Manga One Piece), Festival ini diadakan setiap 20 tahun. Memang satu-satunya festival yang amat dinantikan oleh semula lanun dari seluruh dunia.

Di Festival ini, Luffy & anak kapalnya bertemu dengan seorang lanun bernama Douglas Bullet, yang merupakan bekas krew kepada Raja Lanun – Gol D. Roger. Pertarungan antara Luffy dan Douglas tidak terhindari.

Korang sendiri tahu bertapa hebatnya krew2 kepada Raja Lanun – Gol D. Roger seperti Silvers Rayleigh (Bekas Penolong Kapten), Shanks (Kini merupakan salah seorang Yonko), Buggy (krew paling lemah, kini menjadi Shichibukai) serta Inuarashi dan Nekomamushi.

Filem ini menyaksikan kehadiran banyak karakter ikonis dari siri anime One Piece.

Di antaranya adalah Buggy, Sabo bersama pasukan revolusion, Marine, Shichibukai, serta lanun dari Worst Generation.

One Piece X Puma Cell Endura

One Piece X Puma Cell Endura Inspired by Pirate Ship Thousand Sunny

Sempena tayangan filem ONE PIECE : Stampede, PUMA telah berkerjasama dengan ONE PIECE animation dengan melancarkan sneaker One Piece X Puma Cell Endura.

Sneaker ini diinspirasikan oleh kapal lanun dalam ONE PIECE, iaitu Thousand Sunny.

Didatangkan dengan kotak yang terdapat lakaran watak One Piece diatasnya. Menjadikan ianya koleksi yang patut peminat One Piece miliki.

One Piece X Puma Cell Endura

Menerapkan ciri-ciri yang terdapat dalam ONE PIECE, bahagian atas sock-style membawa corak “The Gum-Gum Fruit” dan midsole berwarna coklat, tapak kaki bernafas, lapisan kulit hitam dan merah, serta lacing coklat meniru dek, layar dan tali daripada Thousand Sunny.

PUMA CELL ENDURA telah diperkenalkan pada tahun 90-an, lebih kurang sama dengan tahun kelahiran ONE PIECE.

One Piece X Puma Cell Endura boleh didapati di Malaysia bermula 12 Sept 2019 dan dijual pada harga RM679. Anda boleh dapatkan di cawanagn PUMA KLCC, PUMA Sunway Pyramid, dan Solewhat Mid Valley.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari http://www.puma.com

Jemput Follow Bro Framestone di Facebook ! Instagram ! Twitter

Bro Framestone

Travel, Tech, Parenting dan Lifestyle Blogger di Malaysia sejak tahun 2006. 12 tahun berpengalaman sebagai Social Media Consultant. Mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak (belum plan nak tambah lagi)

View all posts by Bro Framestone →

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *