Footlink 13 Shah Alam
Tahniah atas pembukaan cawangan terbaru Footlink di Seksyen 13, Shah Alam.

Pelbagai jenis kasut kesihatan turut dijual disini, sesuai untuk lelaki dan wanita yang mementingkan penjagaan kaki dan kesihatan. Adakah anda salah seorang yang mementingkan penjagaan kaki dan kesihatan?

Jika ya,

Apa kata anda datang ke Footlink Seksyen 13, Shah Alam dalam masa terdekat untuk mendapatkan kasut-kasut kesihatan pada harga RM139 sahaja sehingga hujung bulan September 2019.

Stok adalah terhad, dan ianya sah untuk kasut-kasut Footlink yang terpilih.

Kerana Minat, Jurutera Profesional Mula Berniaga Kasut Kesihatan Footlink

Pemilik Footlink 13 Shah Alam

Gambar : Pelanggan bergambar bersama pemilik Footlink 13 Shah Alam, Ir. Noor Shafawati (tengah)

Pembukaan outlet Footlink ke 31 di Seksyen 13 Shah Alam yang dikendalikan oleh Deqsha Biz Network (DBN) yang dimiliki oleh Ir. Noor Shafawati, seorang Jurutera Profesional yang mempunyai minat mendalam dengan dunia perniagaan.

Jika sesiapa yang mengenali beliau sejak dari bangku sekolah lagi, beliau mempunyai obsesi terhadap kasut. Beliau gemar mengumpul pelbagai koleksi kasut dan kedai kasut merupakan tempat yang sering dikunjungi beliau setiap kali pergi ke mana-mana pusat membeli belah.

Kini, hobi beliau telah diterjemahkan kepada pembukaan kedai kasut sendiri dan jenama Footlink menjadi pilihan beliau. Beliau memilih Footlink disebabkan oleh kualiti produknya yang menitikberatkan rekabentuk bersesuaian dengan pelbagai jenis masalah kaki disamping mempunyai pilihan yang pelbagai untuk memenuhi citarasa masa kini pelanggan.

Setiap pelanggan yang membuat pembelian akan ditawarkan untuk mejadi ahli.

Kelebihan menjadi ahli di Footlink 13 Shah Alam adalah mereka akan mendapat manfaat seperti kad ganjaran, layak mengikuti Hari Ahli di bulan-bulan tertentu, diskaun bagi kasut-kasut tertentu, ganjaran pada bulan kelahiran, mendapat maklumat terkini rekabentuk terbaru dan pembelian atas talian tanpa cas penghantaran.

Footlink Pengeluar Kasut Kesihatan di Malaysia

Untuk pengetahuan anda,

FOOTLINK merupakan pengeluar kasut kesihatan di Malaysia dengan mempunyai lebih 100 pilihan kasut yang menarik, sesuai mengikut keperluan kaki pengguna.

Rekabentuknya memberikan keselesaan kepada mereka yang mempunyai masalah seperti Plantar Faciitis, sakit lutut, sakit belakang, sakit tapak kaki, bunion, flat feet, callous & corn, heel spur dan postur badan yang lemah.

Kasut Footlink terdiri daripada kasut lelaki, kasut perempuan, kasut sukan, kasut diabetic, kasut orthotics, kasut keselamatan (safety shoes) dan kasut unit beruniform.

Kenapa Kasut Footlink Menjadi Pilihan?

Penerangan Mengenai Produk Footlink

Gambar : Penerangan produk dari wakil Footlink HQ

Pasti anda tertanya-tanya kenapa kasut Footlink menjadi pilihan, terutamanya kepada golongan yang inginkan kasut kesihatan yang terbaik buat mereka.

Ini kerana, kasut kesihatan Footlink mempunyai :-

  • Mempunyai sokongan DDOS (Dual Density Orthotics System).
  • Tali boleh laras untuk sesuaikan kedudukan kaki dengan lebih selesa.
  • Menyerap hentakan ketika berjalan seterusnya dapat melindungi sendi dan otot.
  • Sokongan lengkung yang ideal dapat memberikan sentuhan optimal pada plantar fascia.
  • Pengagihan berat badan secara sekata ketika berdiri dan berjalan.
  • Metatarsal Bar dapat meyekat pergerakan kaki dari tergelincir secara semulajadi.

Jika dahulu kasut kesihatan sangat sinonim dengan mereka yang sudah berusia, kini kasut kesihatan telah direkabentuk untuk pelbagai usia termasuk golongan muda dengan pemilihan warna-warna yang segar serta menarik hati mereka.

Kesedaran terhadap penjagaan kaki sejak dari usia muda telah meningkat dan pemilihan kasut kesihatan untuk digunakan bagi segala aktiviti harian dapat meningkatkan kualiti hidup pengguna.

FIDU Collection ~ Koleksi Kasut Kesihatan Buat Wanita Bekerjaya

FIDU Collection

FIDU Collection merupakan koleksi dari Footlink dengan range yang berbeza. Ia direka khas buat wanita bekerjaya yang pentingkan gaya dan menjaga personaliti mereka supaya kelihatan elegan serta presentable.

Koleksi ini tidak sama seperti kasut kesihatan Footlink yang lain.

Ini kerana ketinggian tumitnya 2 inci ke atas tetapi rekabentuknya tetap memberikan keselesaan kepada si pemakainya.

Selain daripada mengeluarkan produk kasut kesihatan, Footlink juga mempunyai produk sokongan kasut seperti stokin, krim pelembab, heel guard, off-loading insole dan buku-buku ilmia.

Hadiah Mesteri Buat Pembaca Blog Bro Framestone Dari Footlink Seksyen 13, Shah Alam

Footlink 13 Shah Alam Promosi

Sempena dengan pembukaan cawangan Footlink Seksyen 13, Shah Alam. Ada boleh menikmati beberapa jenis kasut kesihatan pada harga istimewa.

Just mention “BLOG BRO FRAMESTONE” untuk mendapatkan hadiah misteri sewaktu membuat pembelian mana-mana kasut di Footlink @ Seksyen 13, Shah Alam (Sah sehingga hujung tahun 2019).

So, apa tunggu lagi. Jom reramai ke Footlink Seksyen 13, Shah Alam dan dapatkan kasut-kasut kesihatan terpilih pada harga RM139 sahaja. Tawaran sah sehingga hujung bulan September 2019 + selagi stok masih ada.

Footlink 13 Shah Alam
No. 86, Jalan Badminton 13/29,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor.

Waktu Operasi :- 10pagi – 7petang (Isnin – Ahad)

Facebook Page : Footlink 13 Shah Alam & Instagram : @footlink13shahalam